ini bukan aku...
slm...
kalau org tanya apa hobi korg, ape yg korg akan jawab?? ada yg suka membaca (hobi standars sbb semua org akan tulis suka membaca dlm buku biodata kat sekolah zaman dulu2..), ada yg suka melancong, suka main game, suka jogging, tengok TV dan macam2 lagi la. masa aku kecik dulu, kalo org tny apa hobi aku, jawapannya MEMBACA.
betul ker??
serius, aku mg suka membaca masa kecik dulu, kalo budak2 lain pergi main pasir, main game, main kahwin2, aku plak terperuk kat rumah. igt lagi buku first yg paling tebal yg pernah aku baca ialah buku Enid Blyton. bahasa inggeris plak tu. walaupun masa tu x berapa nak faham, aku tetap suka baca buku tu sebab ada gambar. haha, bygkan, aku mula baca buku tu masa darjah satu, bila nak masuk darjah tiga baru aku paham ape sebenarnya penulis tu nak sampaikan.
tapi berkat ketekunan aku membaca buku tu, akhirnya bahasa inggeris aku semakin mantap, kira A memanjang la tiap2 kali exam (huh nak riak la tu). novel bahasa melayu pun aku layan jugak, macam siri penyiasatan Hadi, Hikayat cerita dongeng melayu, ape lagi ek?? haaa, buku sirah para sahabat nabi, hadiah yg aku dapat masa tadika dulu sebab dapat no1. sampai sekarang pun aku tetap suka membaca, maklumlah, membaca tu kan jambatan ilmu. tapi sekarang aku hanya layan genre novel tertentu jer. anything that spells mystery, thriller and horor will definitely goes into my list. i have most of singapore ghost stories series in my novel rack in ipoh. novelist inggeris yg aku minat ialah R.L Stein, Agatha Christie, ngan Jeffry Archer. kalau kat malaysia plak, Ramlee Awang Murshid. disebabkan kegilaan aku membaca buku jugak, umur 8tahun aku dah kene pakai spek (sebab suka baca dlm gelap)
aku suke cerita seram..
antara novel melayu yang aku paling suka!
ape lgi yg aku suka buat ek??
hobi yang nie aku x berapa sure.
MENYANYI. Mak cakap, masa kecik2 dulu aku ni gila menyanyi.siapa penyanyi faveret aku? mesti korg x percaya kan. Aishah. ala yang nyanyi lagu janji manismu tu. mak ada cerita jugak yg ada jiran aku pernah tanya dah besar nanti nak jadi ape? tau ape aku jawab?
"nak jadi penyanyi mcm aishah"
haha, sampai tahap macam tu sekali. last2 jadi nurse. bile pikir balik, malu aku nak mengaku yg aku pernah ada cita2 mcm tu. xpe la, zaman kecik2 dulu. tapi sekarang x dinafikan, mmg aku suka menyanyi. kat mana2 pun aku mesti nak menyanyi, kalo x keluar suara, humming pun jadi. sambil cuci pinggan,cuci baju, dalam bilik hatta bilik termenung sekalipun, mesti akan menyanyi jugak. org dulu2 pernah ckp x baik nyanyi kat dapur nnt dapat suami tua.
(haha, aku xnak suami tua, aku nak suami yg matang boleh jd pemimpin =)) kadang2 xde niat pun nak menyanyi tp automatik mulut tu nak jugak menyanyi.
my bodyguardsadik aku pun gila menyanyi jugak. tapi dia lagi terer, belajar gitar sendiri, buat lagu untuk senyembara sekolah la. nasyid pun dia jugak. haha, biarlah, adik lelaki bukan aurat pun suara dia. abang aku pun main gitar jugak. sampai sanggup beli gitar letrik. adik-beradik aku ni mmg gila muzik kot.
hmm, cerita pasal menyanyi, masa sekolah dulu aku malu nak nyanyi. tp masa tadika dekat pusat pelajar islam, kelas aku sepatutnya ada buat persembahan nyanyian dan lakonan. kononnya nak nyanyi lagu Oh Ibu (lagu kump exist tu).

aku dah seronok sgt sebab dapat jadi lead vocal, diri kat depan ak tu. cikgu pilih aku pun sebab aku paling semangat nak nyanyi hehehe..sekali nak dijadikan cerita, lepas penat aku berlatih, hafal lagu tu, tiba2 cancel persembahan tu..HUHUHU~~~ kaciwa betul. lepas tu, aku x pernah menyanyi kat sekolah. masa sekolah rendah pun, tiap2 kali kelas muzik saje2 jer buat suara sumbang.
rakan duetkufinally, masa form 5 baru aku rajin balik nak menyanyi betul2. kelas kami ada buat persembahan koir sempena hari kemerdekaan. nak x nak, terpaksa la menyanyi ngan betul. lepas tu ntah kenapa, sejak masuk U ni aku suka sangat nak menyanyi. asyik2 menyanyi. sampai lagu yg aku x berapa suka pun boleh TERnyanyi jugak. maybe dah jumpa kawan2 yg gila menyanyi, sebab tu makin menjadi-jadi.
tapi bila difikirkan balik, suara tu kan aurat. mmg kadang-kadang rasa x patut pulak bila selalu sgt menyanyi. tapi nak buat macam mana, susah sgt nak kawal keinginan nak mengeluarkan suara tu.hmmm, mungkin satu hari nanti, suara aku akan jadi hak ekslusif seseorang. biar dia jer yang dengar aku menyanyi.
eh, cakap pasal nyanyi, lupa palk , nota koir belum revise lagi.
alamak!!