Tuesday, August 31, 2010

merdeka! MERDEKA!! malam sebelumnya~~~~

slm..
hari ni 31 ogos 2010. dah 53 tahun malaysia merdeka. hari ni jugak hari cuti. ada yang plan pergi tgok sambutan merdeka kat stadium, ada yang pi jalan2 shopping raya, ada yang guna masa cuti untuk study dan macam2 lagi la. aku?

segan nak cakap. tak tahu kenapa hari ni rasa penat sangat. haha, tidur jer kerja aku satu hari ni. apa yang aku buat sampai penat sangat ni?

ahli rombongan (8 orang, seorang dah jadi photographer, 2 orang lagi pergi beli pisang..)

 dek kerana bosan dengan kat makanan bazar dan kafe, aku dan beberapa orang yang sehati seperut dengan aku pun berpakat la berbuka kat luar. JAUHhhhhhhhhhh.....kteorg merantau sambil berjalan kaki. (kat Tesco cheras je..macam jauh sangat..)

sampai2 kat kafe pak hailam....
aku : er..kak, nak tanya, saya nak reserved meja untuk lapan orang. boleh tak?
akak yang tgh buat2 busy : boleh, nak meja yang mana?
aku : meja yang sana la..nnt pukul 7 saya datang..
akak tu : ok, kalau lambat nanti ada orang duduk, datang awal ye..
aku ; ok (dalam hati...kata dah reserved, mana bley bagi orang lain duduk..pelik2..)

pukul 7~~~

kteorg pun pegi la kat meja yang di 'reserved'. memang ada tanda reseved kat situ. apa lagi dah sedia nak duduk la, tiba-tba....

akak tadi: adik, boleh duduk kat meja yang hujung sana tak. yang tu dah ada orang.
aku : owh, bukan saya ke yang reserved tadi..meja untuk 8 orang..
akak tu buat muka pelik : meja sana pun boleh duduk 8 orang, boleh sambungkan meja tu.
aku : ooooo...ye ker..ok la..(buat muka redha, padahal hati dah terbakar sikit..akak tu tak faham kot maksud reserved tu ape..huu..sabar nak berbuka dah..)

kesimpulannya, sia2 je lah aku pergi reserved meja. tapi tak pe la, janji dapat berbuka dengan kawan2 yang lain.
berbuka dengan menu favourite..kampung mee goreng..

habis berbuka, balik ke jabatan untuk latihan persembahan raya nanti. berlatih la sampai pkul 12tgh malam, saje nak tengok bunga api hasil dari countdown merdeka. haha, memang kerja gila. duduk kat jabatan tu sampai pukul 12 semata-mata nak tengok bunga api. kalau bukan bulan puasa, gerenti semua pun tak berani nak duduk situ pagi-pagi buta. tunggu punya tunggu...jam pukul 12. senyap sunyi jer..yang ada bunyi anjing melalak. (pergh seram pulak). lepas tu..bunyi ambulans pulak (ai dah ada yang cedera main mercun ker??).

akhirnya, nampak la bunga api yang meletup2 kat udara. waaaaaaaa~~cantik nya. aku dan kawan2 aku yang bertenggek mengintai ikut tingkap pun turut sama menyaksikan pertunjukan bunga api tu dengan rasa bangga menjadi anak malaysia. (ker aku sorang je yang rasa macam tu~~). hmm, sayang tak sempat nak ambil gambar..

apa-apa pun..selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke 53, MALAYSIA!!


posing malam merdeka

Wednesday, August 25, 2010

saat aku dilanda tension...

slm..

dah lama rasanya tak update blog. banyak betul assignment yang menunggu nak disiapkan. pendek kata minggu ni memang agak tension. sampai sekarang, assignment tentang nursing concept pun belum siap. insyallah, boleh siap kot. (hehe, kene siap jugak, jumaat nak hantar)

dalm kebuntuan aku mencari-cari idea untuk dimasukkan dalam asgnment tu, aku pun buka la facebook sekadar nak jengok khabar berita dari sahabat2 jauh dan dekat. mentang2 ramadhan baru nak masuk fasa kedua, maka, kebanyakkan status kawan2 aku semua cerita tentang juadah berbuka, bazar mana nak pergi..ish2..yang dah mula cerita pasal hari raya pun ada. tak pe aku faham, tu semua nak larikan diri daripada memikirkan asgnment yang tak sudah2.

satu perkara lagi yang aku perasan. kebelakangan ni, banyak betul sahabat2 facebook aku yang mengupload video. macam-macam. ada yang buat aku tergelak sampai menangis, ada jugak video2 yang jiwang, video ceramah tentang perkahwinan dan tak kurang jugak yang menginsafkan. (bha..mood ramadhan..).

tapi, dalam banyak2 video..ada satu yang buat aku betul-betul tercengang. setelah dibaca penerangan oleh si tukang upload, rupanya video ni banyak dibahaskan di Indonesia. video yang menunjukkan kemuculan malaikat di ka'abah. sila tonton dan renung2kan..



jujur nya, aku tak tahu langsung wujudnya video ni. tapi aku nak tekankan disini, tujuan aku berkongsi video ni sebab nak menunjukkan bahawa ada saja dakyah yang digunakan untuk memesongkan akidah umat Islam. sedangkan dah jelas dinyatakan bahawa malaikat adalah antara perkara ghaib yang hanya boleh dilihat oleh Allah s.w.t dan para rasul dengan izin Allah s.w.t. mujur ada pihak yang tampil untuk memperbetulkan dakyah-dakyah rekayasa dari musuh-musuh Islam ni (wallahualam~~).


kesimpulannya?? kita tak boleh percaya sepenuhnya dengan apa sahaja yang kita lihat, baca atau dengar. kaji lah terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita tu.

sebenar nya ada lagi satu video menarik yang nak di share. tapi terlupa nak download video tu. kalau tak salah video tu ada paparkan keburukan memakan daging khinzir dari aspek kesihatan. hah, dah terang-terang islam melarang umat nya daripada memakan daging khinzir. yang uniknya, penyampai ceramah tersebut adalah orang barat. dia pun mengaku dia sendiri dah tak makan 'ham' (daging khinzir). tengok btapa benarnya Al- Quran dan ilmu Allah swt. hmm..kalau rajin cari2 kat youtube, insyallah jumpa video tu..

 ok...masa untuk sambung taip assignment. akhir kata, selamat menyambut nuzul al-quran.
jadikan al-Quran pembasah lidah, penggerak minda dan pedoman dihati. selamat bertadarus!

Wednesday, August 18, 2010

nikmat yang ditarik sementara..

slm..

"saya akan order ambil sampel darah untuk fbc dan tsr, urin test, dan chest x-ray. TRO PTB ye." 

PANG!!

rasa macam kene tampar je bila dengar diagnosis TRO PTB (to rule out pulmonary tuberculosis). walaupun baru TRO, tapi memang aku tak jangka. though it's treatable but the proceess and time used to treat it is unbearable. terus aku teringat baby2 dekat wad posting klinikal tadi. ya allah, nasib baik aku pakai mask.

antara simptom2 yang memungkinkan dr buat diagnosis yang sebegitu rupa:
  1. demam 2 minggu.
  2. batuk berterusan 2 minggu jugak.
  3. kahak yang banyak waktu pagi (warna kuning = possible infection)
  4. malaise (physical weakness that may associate with disease)
  5. ada sikit darah dalam kahak (huu..red alert, tapi tak sampai tahap hemoptosis)
aku dengan berat kaki nya pergi la ke unit2 yang disuruh untuk ambil sampel2 yang perlu. dengan beruniform nursing student (dapat pulak student degree 3rd year), memang semua buat sendiri la. hehe, sebelum ni arahkan pesakit apa nak buat, kali ni, ilmu yang dah ada tu guna kat diri sendiri pulak.  tapi seronok sebab healthcare workers tu semua boleh terima pendapat kita. doktor pun lebih respect dan buat pemeriksaan rapi lagi. palpation, auscultation, semua dia buat.dekat klinik perubatan pulak nasib baik MA tu tak suruh aku ambil darah sendiri. tapi yang tak seronoknya suara kejap ada kejap tak de (macam siaran astro masa hujan~~). tak keluar, tak tahu kenapa. jadi susah la nak berkomunikasi. 

lepas result darah dan urin keluar (lama gila tunggu~~) akhirnya memang rule out ptb. pheww~~alhamdulillah. masa dr cakap cuma URTI (upper respiratory tract infection) aku rasa nak melompat je. tapi mengikut result2 tu, memang positive infection. bacaan neutrophile, wbc memang tinggi dan urin pulak positive for protein.

   akhirnya dr prescribe antibiotik untuk aku. kalau masa first visit dua minggu lepas dah bagi antibiotik kemungkinan besar aku dah sihat dah sekarang. mana tak nya, masa 2 minggu sebelumnya memang ada dapatkan rawatan untuk demam, batuk dan sakit tekak. dr pun dah suspek infection tapi bagi panadol jer. memang la tak resolve demam. hmm, mungkin masa tu aku pakai baju biasa je, so pendapat aku tak diambil kira sangat. huu~~

baru aku sedar, semua yang ada kat kita ni nikmat yang pinjaman semata-mata. ni baru dua perkara jer yang Allah nak uji (nikmat sihat dan bercakap). mungkin Allah nak bantu pelihara puasa aku supaya tak tercemar dengan percakapan yang sia-sia, mengumpat dan yang sewaktu dengannya. aku pernah terbaca satu artikel ni. dia tulis, Allah sentiasa menutup keaiban dan dosa-dosa yang kita lakukan tapi seringkali kita yang berbangga mencanang dosa-dosa yang kita tersebut. agen yang mencanagnya siapa?? siapa lagi kalau bukan lidah dan mulut? jadi 2,3 hari ni bagi mc sekejap dekat mulut. muhasabah diri sikit.

kesimpulannya??

aku sangat gembira diagnosis TRO PTB tu dah ditarik balik. tapi masih kene buat Mantoux test untuk 100% confirmation. yang sedih nye, aku tak dapat MC. so esok kene pergi wad dalam keadaan tak sihat huu~~nampak nya kena pakai mask dua lapis baru boleh dekat dengan baby..

~~juadah buka puasa hari ni~~

prevention is better than cure!

Sunday, August 15, 2010

ole-ole berbuka puasa di rumah..

slm..
bahagia nyer dapat berbuka puasa kat rumah. jauh daripada lauk-lauk di kafe dan bazar ramadhan. yang ada hasil air tangan mak je. cuma terkilan sebab x dapat makan gulai ketam lemak yang mak masak..huhu..(baru ambik suntikan vaksin so tak nak dapat hay fever pulak bila makan seafood. ni pun badan dah rasa nak demam...) waa..rasa nak balik tiap-tiap minggu. hmm, minggu ni aku dapt balik ke ipoh dan berbuka puasa dirumah, semua ada kecuali wawa adikku. tak dapat balik sebab kelas sampai hari sabtu.

bila dah berkumpul macam2 cerita la aku dengar. first sekali kes bunuh melibatkan student tempat kakak mengajar di penang. sekolah mana? tak perlu lah nak hebahkan. mak ai..nak ternganga mulut aku dengar. dahsyat betul budak-budak sekarang ni. kakak aku cakap kes tu ada masuk paper, berita kat tv pun ade. aku tak tahu pun. hah, nampak sangat aku jarang baca surat khabar. tv tu memang ye lah, kat hostel aku mana ade tv. hehe..kalau korg baca surat khabar mungkin korg perasan kot kes yang mana.  

lepas tu dapat pulak dengar pengalaman abang aku yang baru balik dari Jepun. siap dapat ole-ole lagi. dengan bajet yang terhad, dapat jugak dia beli ole2 kat kteorg. kalau nak tahu tambang tren pergi balik, turun naik kat sana nak dekat rm40 duit Malaysia. GULP!! hehe, anyway...arigato ghozaimas!

kayu bersurat mana ntah abang aku ambik..hehe ditulis dngan tulisan kanji, aku pun tak faham apa maksud ayat2 berkenaan. yang pasti mesti la maksud nye baik2 belaka..kan?? (siapa bolah translate aku bagi dua posen..)

untuk aku. mula-mula aku pun confused apakah gerangannya benda ini. rupa-rupanya replika bekas bento. ler..mane tutupnyer? hehe. (bento: bekal makanan untuk orang2 jepun.)
untuk piqah: sapu tangan daripada kain cotton jepun.

kipas jepun untuk kakak aku..hehe, memandangkan dia selalu 'HOT ' dengan student2 dia kat sekolah tu, afdal lah kiranya kipas ni di hadiah kan kat dia. (dah macam kipas cerita Gokusen~~)
Menurut cerita Apis (my bro), orang kat jepun tu tersangat lah berdisiplin. kalau ade traffic jam, takkan ada kereta yang nak potong line kereta lain. traffic jam pun jarang ade, kalo ade pun sekejap je. yang bermotorsikal pulak tak sewenang-wenangnya nak menyelit celah kenderaan yang lain. semua ikut traffic light. lepas tu, dekat stesyen LRT, ada tempat letak basikal yang luas. basikal dekat situ rata2 tak kunci pun dan jarang pulak berlaku kes kecurian. kalau kat sini, seat basikal pun boleh kena curi. selain tu jugak, jarang tengok orang tak kisah lah muda atau tua, duduk melepak tepi jalan. kalau ada yang berdiri tepi jalan pun sebab nak tunggu orang. tapi ini suasana yang abang aku lihat di bandaraya Osaka. kat bandar lain tu wallahualam~~bukan niat nak mengagung-agungkan bangsa kat sana tu. cuma mana yang boleh dijadikan contoh, apa salah nya kalau kita ikut kan??




orang-orang jepun tu jugak sangat minat dengan makanan-makanan di malaysia rupanya. bayangkan, bagi skaya, cepat je habis. selain tu abang jugak ada bagi air roselle, serunding dan masak mee bandung guna barang2 sponsor dari FAMA. licin jer keluarga angkat dia makan. serunding tu diorg tabur jadi perasa atas okonomiyaki sejenis makanan kat sana ala2 murtabak bak kata abang aku. yang kelakar tu siap simpan lagi paket produk tu nak cari kat pasaran. emm, kat jepun ade ke pasarkan barangan FAMA??

kesimpulanya?? nak pergi melancong bawak la duit cukup-cukup. cakap pasal melancong, mak dan ayah dah bagi green light untuk travel pergi Sabah next year. YIPPEE!! mintak-mintak la semua berjalan lancar. amin~~~

Friday, August 13, 2010

nak posting sudah~~

slm...

adoi!!! sengal nya tangan lepas ambil vaksin. nak menaip pun jadi lambat. eh, eh..bulan puasa boleh ambil vaksin ke?? tak batal ke puasa??

mengikut ceramh fiqh ramadhan yang aku dengar tak lama dulu, pengambilan vaksin tak membatalkan puasa seseorang. sebabnya,suntikan vaksin serta ubatan seperti antibiotik tidak menyebabkan seseorang itu menjadi lebih segar dan bertenaga untuk meneruskan puasa. tapi kalau masukkan cecair macam normal saline atau dextrose saline secara intravena ataupun melalui salur darah tu lain cerita. oleh sebab cecair tersebut mempunyai kandungan gula dan garam yang merupakan sumber tenaga kepada tubuh, maka secara tak langsung akan terbatal lah puasa sang pennerima tu. ini je lah sikit sebanyak isi ceramah yang aku ingat.

kenapa aku cerita pasal vaksin ni??

sebenarnya hari ni group kami diberi suntikan vaksin hep B dos kedua. ye lah nak mempersiapkan diri untuk posting klinikal minggu depan. vaksin Hep B diberikan 3 dos dengan selang masa 3 bulan. sebenarnya, ni pun dah terlewat dua bulan...

pip kat baju posting
cerita pasal posting, minggu depan dah nak mula posting klinikal di wad O&G. (wad bersalin dan sakit puan). tak de lagi duduk2 dalm kelas ber 'aircon' , kene bangun awal, kene banyak berdiri dari duduk...fuhh..cabaran jugak posting bulan puasa ni. tapi tak pe, anggap la macam latihan sebelum kerja nanti (aku rasa dh kerja lagi busy nnt~~). hehe, tak sabar nak jumpa baby comel~~ sekarang ni dah ada 3 calit jadi tak boleh nak mengelat, kene rajin sikit dalam wad.

ok la, nak balik ipoh hari ni. buka puasa kat rumah...tangan pun dah makin sengal dek kesan vaksin tadi. nak angkat beg lagi nanti..adoi..~~

Tuesday, August 10, 2010

blissful distraction..

slm..
 last week was a blast. i REALLY make use of my time to avoid suffocating into the emptiness and sorrow that didn't seem to fade away from my heart. did i make it? hardly...instead, i got stressed out with the assignments given (mental block, cannot think effectively ), then fell sick ( caught in flu~~) and a lot of fake smiles.

however, things that i did in weekend seem to cheer me a bit..

saturday.
DECTAR: dewan majlis konvo

tgok je..tak beli pun..
went to Pesta Konvokesyen UKM to witness our seniors, the 2nd batch of bachelor in nursing to receive their scrolls. though we didn't really watch the whole ceremony, we got to meet up some of them after the ceremony ended. it does feel great to see the happiness from those who were graduating. the robes, the smiling faces, the cheers, everything in the ambience there reflect the aura of joy and satisfaction. since we were there on the evening, there's not much to see at the tapak pesta. the atmosphere of celebration were more felt during the night with a lot of shows and event on going. tomorrow is the closing ceremony 



                          ***************~~~~~~~~~~~~****************** 


sunday.
simah, me, nuy
me, nuy and asimah tagged along dila to Klang. one of her cousins were gettting engaged so she invited us to join her. we start our journey early in the morning around 8 am. after almost 2 hours, we finally arrived in Taman Sri Andalas, Klang. being there was like living in Sabah, the accent sound so familiar. the theme was grey and pink if i'm not mistaken..and i happend to wear according to the theme..hehe, it was fun to be there. we even observed how to make tepak sirih one of a must in hantaran and went to the nearby shop lots for some 'unintentionally' shopping.  
antara hantaran yang kiut


hantaran











hmm, in short, these two short days had been a blissful distraction from the 'pain' that doesn't want to shake off from me.  i had witness 2 major changes in one's life..probably mine someday~~ from graduating to another step of being adult..starting a family. that makes me wonder how fast life can change. so i have to learn to let go things that were never mine. who knows what will come ahead. so nisa, look ahead, and grow up! life offers more than you can imagine...

Friday, August 6, 2010

the last airbender : legend of aang.

slm...

Me and Wani had eagerly waited to watch this movie. and so our wish were granted today. i admitted that i seldom watch the animated version at nickelodeon (also known as Avatar the Legend of Aang) but enough for me to know what the story is all about.

        The story line works just fine for me, every scene its exciting. i don't know why a lot of people ( in blogs and online forum related to this movie..) disagree with the cast selection, maybe they don't really resemble with the animated version but after watching this movie, i think they did a splendid job. Noah Ringer was cute enough to play Aang. and the actress and actor who plays Kattara and Sokka look just nice (forgive me..i can't recall their names~~).Though Dev Patel do look weird playing the role of Zuko and his burnt scar was too faint, he too did a good job especially in potraying his emotion as a deserted son. i also love to watch the waterbender moves. it looks graceful that remind me of a malay traditional dance plus a bit of Tai Chi.

well, this was just the first part of the movie and i can't wait for the sequel!!
 
ps: thanks wani for the company ^-^ jom tgok lagi!!



     

Tuesday, August 3, 2010

rekrut baru: calon2 ibu bapa penyayang..

slm...
 hari yang penuh emosi. pagi-pagi bangun dengan mata sembab dek kerana tidur pukul 2 pagi. tapi disebabkan hari ni ada lawatan ke Rumah Tengku Budriah, ku gagahi jua mencelikkan mata pukul 6.30 pagi. (padahal kunci jam pukul 6 pagi). nasib baik sampai on time, 7.30 pagi dah ade bas tunggu. (aik, punctual la pulak, selalunye bas lambat..).

ni baby masa ikut program bakti siswa kat johor..
kat rumah JKM tak boleh ambil gambar.
sampai-sampai je, kami dibawa ke bahagian asrama yang menempatkan bayi2 comel. masuk-masuk jer aku dah terkedu. tak semena-mena berguguran air mata duyung ku. sebak sangat. anak-anak kecil yang sepatutnya ada di sisi ibu bapa masing-masing, dilimpahi dengan kasih sayang, pelukan dan diacah, dimanja sebaliknya...dibiar bermain sendiri, ditemani insan yang sudi berkongsi kasih buat mereka (oh no...sambil taip ni pun aku bley nangis lg..T.T). lepas berjaya tenangkan diri (huhuh..wat deep breathing exercise...fuhh..fuhhh~~) akhirnya aku terpanggil untuk pilih seorg bayi berumur 7 bulan. atas sebab2 tertentu, nama bayi tu biarlah jadi rahsia.

comellllllll sANGAT!! aku dukung dia terus senyum. acah sikit pun boleh mengekek2 ketawa. tapi sayangnya, tak dapat nak mandikan baby tu sebab dah tertukar dengan baby lain pulak. hmm, baby boy pulak. punyala manja, dah dapat dukung tak nak duduk bwh dah. apa lagi, aku dukung lah dia sampai tertidur. lepas dia terjaga, masa bagi susu pulak. kemudian, aku periksa tahap perkembangan dia, alhamdulillah he's on the right track. memang seronok la main dengan baby.

lepas tu kteorg pergi mendekati kanak2 prasekolah. kat sana, kami buat pemeriksaan kutu, kudis dan kebersihan diri. aku teringat lagi seorang budak ni. budak tu lelaki umur dalam 5 tahun dan ada seorang adik perempuan. mula2 dia marah2 adik dia (tak tahu sebab ape..) lepas tu kteorg pujuk dia sampai akhirnya, dia peluk adik dia. siap bagi nasihat lagi kat adik dia tu. sedar2 pipi aku basah lagi..ceh...mata dah bocor! dah dua kali aku nangis. hmm, mcm mana lah budak sekecil 5 tahun tu boleh jadi begitu matang (banding dengan usia dia). bila tanya2 balik kenapa dia marah adik dia, rupanya, adik dia selalu gigit dia masa diorg main sama2. alala...patutlah garang sangat cik abang tu.

kat situ jugak terserlah ciri2 ibu bapa penyayang dikalangan coursemate aku. nampak gaya semua dah ready nak ada anak sendiri hihi..waa..ade yang macam expert, ada yang takut2 lagi pegang baby, ade yang baring sekali dengan baby tak kurang jugak yang kena muntah baby..(sebab tak sendawa kan baby lepas susu agaknya). tapi semua buat muka sabar, control....haha, nak kongsi satu rahsia. aku sangat suka lelaki yg ada sifat kebapaan, lagi2 yang boleh jaga baby, nnt boleh la tolong jaga anak..hik hik..

dengan itu jugak, lengkaplah latihan aku untuk jadi suri rumah yang baik. ye lah, minggu lepas dah menjahit, kemas2 rumah, cuci baju, cuci pinggan, memasak (masak air dengan nasi jek..)..lepas tu hari ni dah boleh handle baby, bagi mandi, bagi susu BOTOL, dodoikan baby...waaa...dah boleh grad la ni dapat sijil jadi surirumah. ceh..poyo giler ^_^

suri rumah kepada siapa???? hmm~~~

burung hantu

sedangkan burung hantu pun boleh tertidur....

Slm..
secara rasmi nya dah masuk 4 hari aku insomnia. jadi burung hantu. sama macam burung hantu kat gambar atas tu, malam tak boleh tidur, siang-siang hari baru nak terlelap, especially masa lecture.   INSOMNIA. apa kejadahnya itu?? daripada aku terus merepek-repek, baik aku kongsi sikit ilmu berkaitan insomnia yang aku pinjam dari emedcinehealth.com.

Insomnia ialah keadaan dimana seseorang tu susah untuk memulakan tidur ataupun tidur dengan lena. keadaan ini selalunya mempengaruhi golongan dewasa dan lebih kerap dikalangan wanita berbanding lelaki (eh, aku perempuan..patut la..) Stress adalah salah satu penyumbang utama kepada insomnia. (tapi aku tak de la stress sangat..hmmm..). secara am nya, terdapat 3 peringkat insomnia yang boleh dikelaskan sebagai:
  1. insomnia sementara : kurang daripada 1 minggu
  2. insomnia jangka masa pendek :antara 1 hingga 3 minggu
  3. insomnia kronik : melebihi 3 minggu.
selain sukar untuk tidur, ada beberapa simptom yang menjadi penunjuk samada kita mengalami insomnia atau tidak seperti kurang fokus, cepat marah serta daya ingatan yang semakin lemah.

Habis tu???

macam mana la mau tidur nyenyak macam ni???

mengikut webmd.com; ada beberapa cara untuk mengurangkan tahap insomnia seseorang. untuk insomnia peringkat sementara dan jangka masa pendek ada beberapa rutin yang boleh diamalkan. pertama, kurangkan minuman berkafein. kedua, cuba dapatkan rehat pada waktu siang dan cuba tetapkan masa tidur. ketiga, selalu-selalu la pi exercise tapi jangan exercise 3,4 jam sebelum tidur. akhir sekali, dapatkan persekitaran yang selesa untuk tidur.


mengikut petua-petua yang aku dengar pulak, bukan petua wok kundur tau amalkan minum susu atau air suam sebelum tidur, jangan jadikan katil sebagai tempat untuk buat kerja biarlah fungsi katil tu jadi tempat tidur jer dan relaks, tenagkan fikiran sebelum tidur (tak payah kira kambing biri2, nnt salah kira lagi tak boleh tidur.

kesimpulannya, petua dah ada, apa lagi..renung-renungkan dan selamat beramal! ^-^ 


Monday, August 2, 2010

dia datang lagi..

kekasih sejati, teman yg berbudi...
kasihnya bukan kerna paksaan...
bukan juga, kerana keduniaan...
mekar hidup, disiram nur kasih~~~

slm...
 uhuk..uhuk..tiba2 jer rasa nak menanyi lagu Inteam, Nur Kasih. jam kat dinding dah menunjukkan pukul 1.41 pagi. mata aku tak menunjukkan tanda2 nak terlelap pun. aaaahh...aku tak boleh tidur. dah berapa hari macam ni, jadi burung hantu...kenapakah?? kenapa aku tak boleh tidur  ni. ada kena mengena dgn lagu kat atas tu ker?? oh tidak, nehi2~~ waduh..waduh..nampaknya insomnia datang lagi..

hmm, sebenarnya  tak ada idea nak update blog ni, tapi jari ni nak menaip jugak. baik recap apa yang aku dah buat hari minggu ni. sabtu pergi shopping kat MJ. bukan nak belanja sangat pun, tapi terlebih bajet jugak T.T   malam tu pulak tiba-tiba dapat 'seru' nak menjahit manik dan sisik ikan kat baju kurung. sambung balik projek masa cuti yang tak habis. lepas tu pukul 2.30 pg baru rasa nak tido. 

ahad pulak pagi2 dah bangun. dapat mood nak kemas rumah (ceh..tiba2 rase rajin pulak). habis susun atur kat ruang tamu aku tukar,kemas bilik, hias2 dinding, cuci baju, sapu sampah. sedar2 je dah tgh hari. apa lagi, masak nasi dan turun kafe beli lauk. lepas makan sambung lagi menjahit sampai pukul 4ptg tiba2 rasa mengantuk yang amat. 

malam ni baru rasa nak study. rasa macam busy sangat jer. busy kat perkara2 lain. tapi tak apa, memang nak busykan diri pun minggu ni, kena buat persedian mental, jadi banyak la diversional therapy yang aku akan buat minggu ni. 

    nak sedia untuk apa? 

~~~~ let's just keep it a secret ~~~~

waa...dah pukul 2 pagi. kene paksa jugak tidur..tata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...