slm...
it's been a while....4 years...
entry kali ni tak lain tak bukan tentang sekolah menengahku.
SMKSA IPOH.
(Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang)
hari ni merupakan hari bertemu ibu-bapa untuk penyerahan kad laporan. Nak dijadikan cerita, adik beradik aku semua sekolah kat sekolah yang sama, dari kakak, sampai adik yang bongsu sekali. Atas desakan adik aku yg bongsu sekali yang nak sangat aku pergi ikut mak ambil report card dan disebabkan lama tak melawat ke sekolah (kali terakhir tahun 2006, lepas paper biologi spm..), jadi aku fikir, why not?? aku pun mengalah. sebenarnya, sekolahnya dekat je dengan rumah, jalan kaki pun sampai.
menjejaki semula kawasan sekolah membuatkan kenangan dulu2 keluar bertubi-tubi daripada jangkauan memori long term ku yang tersimpan rapi (wah~~~ tiba2 keluar ayat sastera...). ni lah antara tempat2 bersejarah aku semasa zaman sekolah dulu, dimana kesan tapak kasut aku pernah bersemadi satu ketika dulu..
jeng..JENG..jeng..
bilik darjah yang pertama...
dua kali aku pernah duduk kat bilik darjah ni. masa tingkatan 1 dengan 4. fuh...masa form 1 dulu, perangai budak kelas aku memang dahsyat sungguh. tapi in the end of the day, kteorg semua ok2 jer. dekat kelas ni jugak la aku jumpa best friend aku. masa form 1 ada syahida, kelly, atiqah, bieyah dan ramai lagi. bila masuk form 4 pulak, aku jumpa dengan nana, mardhiah and the rest of the gang. sampai sekarang pun kteorg masih keep in touch.
2. Bilik Pengawas.
2003-2006. tak pernah terfikir pun sebenarnya nak jadi pengawas, tapi sebab kawan dah ajak, hmm, ape lagi. and so i became a prefect for 4 years. from a rookie, end up being an exco. igt lg, tiap2 hari kene datang sebelum pukul 7 kalau tak siap2 la kene bayar seposen, lepas tu tiap2 hari khamis mesti kene balik lambat sebab meeting. kadang2 sampai pukul 3, byk sgt masalah dunia masa tu agak nye. tapi semua tu pengorbanan..hah, igt senang nak jd pengawas! bilik ni pun byk sejarahnya. alkisah classmate ku majoriti pengawas, kat situ la tempat kteorg berlonggok, haha..
3. Dataran Ilmu
Ni lah tempat yang paling banyak kesan tapak kasut aku. hahaha..tiap2 hari kene jemur sebelum masuk kelas..jadi, kalau hari hujan memang bersuka ria, bersorak sorai la semua orang. disebabkan jadi pengawas aku dapat peluang jadi emcee utk perhimpunan sekolah, kat pentas tu la aku berdiri. dulu mana ade bumbung2 ni, open air. memang tak boleh lupa la, ada sekali tu nervous sampai salah sebut nama cikgu..tp bila dah biasa, dah macam pembaca berita pulak rasanya kat atas tu. hehe..
(nak naik lagi!!)
4. Perpustakaan.
tempat yang aku paling suka. sebab??? banyak buku cerita. tiap2 minggu aku pinjam buku series Nightmares, goosebumps, fear street..sampai khatam habis. satu fakta yang aku baru perasan hari ni, aku tak pernah pinjam novel bahasa melayu. kenapa ek?? kalau baca pun kat dalam tu je..selain tu, ni jugak tempat favourite classmate aku masa study week form 5. study untuk SPM. bangga aku, rajin jugak budak2 kelas aku rupanya..
5. Kantin
tempat pertama yang aku kene jaga selepas bergelar pengawas. dekat stesyen letak pinggan mangkuk. huh, i hate it! tak selera nak makan lepas tu. nasib baik dapat tukar jaga kat kaunter, suruh student beratur. igt lagi, dulu harga mee sepinggan 5posen jer..kalau nak upgrade jadi seringgit pun boleh. hmm..murah nyer.......
hmmmmmmmmm.....how i miss high school. by the way, semester 3 kuliah dah nak mula minggu depan. hah, look forward nisa! gambatte ne!!