Sunday, May 30, 2010

cintaku..dulu, kini, dan selamanya~~~

salam.

hmm, baca tajuk entry ni jer mesti korg da pikir lain kan. ye lah, bila cakap pasal cinta ni, benda first yg terlintas kat kepala x lain x bukan cinta adam dan hawa. adeh, dah macam lagu misha omar pulak. malangnya, bukan cinta tu yang aku nak cerita dalam entry ni. cinta yang tu, mungkin satu hari nanti aku akan jumpa. siapa tau kan??

hah berbalik pada persoalan cinta tadi, hmm, cinta tu kan luas pengertian dia. Cinta pada tuhan, pada keluarga, pada diri sendiri, dan sesama manusia. tak kisah la pada siapa cinta tu nak ditujukan yang penting objektif nya tetap sama, untuk rasa gembira. jadi, senarai cinta yang aku ada sekarang ni dan yang tak kan aku gadaikan termasuklah seperti yang berikut. (ceh, macam pilihan jwpn exam plak..)

          *****************************************************************

first sekali, CINTAku adalah FAMILYku. mak, ayah, adik, abang, akak, dan semua kaum kerabat. ni la satu2 cinta yg takkan pudar. haha, sayang sangat kat diorg. cerita pasal family, semalam, kteorg makan kek. kek ape?? sebenarnya smlm birthday adik aku. dah 17 tahun dah dia. rase nye baru semalam aku sekeh2 kepala dia sebab gaduh berebut ayam KFC. rupanya tu 10 tahun dulu. (aku still ada lesen nak sekah dia, kan aku kakak hahah..) kek tu special sikit sebab ade nama 3 org, aku, mak ngan mimin adik aku tu. memandangkan birthday kteorg bulan 5 so ayah ambil langkah jimat, satu kek kongsi 3 org..haha, kurangkan kalori jugak katenye.


lepas tu, hari ni, kteorg semua keluar bejalan..haha, family day. semua ada kecuali abg. kteorg breakfast kat medan selera stadium Ipoh. ini yang membawak kepada CINTAku yang ke berapa ek. bwh2 sket kot tp ada dlm list jugak. MAKANAN. cakap pasal makanan, ni la breakfast favourite aku, dulu, kini dan selamanye. roti telur and teh ais. kadang2 switch ngan milo ais. nyum2..



dah breakfast, kteorg pun pergi la menuju destinasi seterusnya. SHOPPING. yeah, CINTA sejatiku, (semenjak ada duit sendiri..)sebenarnya shopping beli barang rumah jer, tp tau la kalo dah kaki shopping tu, dapat cuci mata pun dah puas. cuci punya cuci last2 terbeli la t-shirt ngan cardigan labuh (ooopss, aku da kate dah, mesti beli something punya..)


dari TESCO, kteorg pun berjalan lagi. kali ni pergi kedai buku. ahhh, buku oh BUKU. CINTAku sejak pandai membaca. aku ni mmg pencinta buku, ulat buku, hantu buku. haha dah mmg aku suka baca buku. hobi la katakan. kedai buku ni pun ade sejarah jugak. ni ler kedai buku favorite kteorg dari kecik2 sampai dah x berapa nak kecik ni. S.S MUBARUK Book store nama kedai tu.
kat sini ler tempat aku beli bku, x kesah la buku latihan, buku teks, dan buku cerita seperti siri penyiasat hadi (mak aku beli, aku bace jer la..). dulu kedai ni dhaif sgt, tapi setaraf dengan zaman milenium, ICT, dan searus dgnnye, maka kedai ni pun dah ade pintu ngan aircorn. (dulu2 kteorg kipas guna majalh yg ade kat kedai ni jer, opcoz bukan dpn2 tauke dia hahaks..). disebabkan dah pinjam novel kat library, so xde la aku beli apa2 buku pun..
************************************************************
ape yang cuba aku sampaikan sebenarnya???
*************************************
hari-haripun kita boleh jumpa cinta. samada cinta baru ker, cinta lama ker. asalkan kte rasa bahagia itu lah rasa cinta. aku selalu gak merungut kat kawan2 aku, bila la nak rasa bercinta?? rupanya, baru aku sedar, cinta sentiasa ada dekat dengan aku. astaghfirullahalazim, tak bersyukur rupanya hamba-MU ni. sedangkan tiap2 hari, atau lg tepat, sehari 5 kali CINTAku yang teragung dah set date dgn aku...dan semua hambaNYA jugak..

bukan nya apa saje nak muhasabah diri sebelom tido nie. ALLAH da bg kita mcm2 perkara untuk menzahirkan rasa cinta-NYA kat kita, cuma kita jer yang buta. so hargailah apa yg korg ade, jgn sia2 kan cinta NYA pd kita..
sebab cinta-NYA ada dari dulu, kini dan selamanya~~~
~wallahualam~ 

Friday, May 28, 2010

cutiku pun bermula...

salam.

 finally, after almost 3 month being away from my family, here i am. back in ipoh! hmm, mungkin entry ni da tertinggal keretapi sikit. sebab nya, aku dah mula bercuti start dari 26 mei hari tu. ayah buat pertama kalinya dapat dtg jemput aku untuk balik ke ipoh sama2. ye lah, selalu ayah busy, jadi terpaksa lah naik bas dengan beg2 aku yang maha berat tu. maklum la cuti lama, banyak la benda nak bawak balik.

  pukul 4.30 petang, ayah pun sampai kat PPUKM. dengan terhoyong-hayang nye aku mengangkat beg ke  emergency department tempat ayah tunggu. (ooOopss..3 beg tau, turun naik tangga!). haha, saje nak tunjuk kuat depan ayah. sebab excited nak balik jugak, aku x sempat nak lunch! jadi setelah tenaga yang tak seberapa tu digunakan aku pun tertido dalam kereta. KrOih..KRoiH...

Sampai2 rumah je dah maghrib. lepas buat apa benda yang patut, aku pun on la lappy kesayanganku. haha, igt nak update blog, skali, adik2 aku pulak yang excited. maklumla dapat on line kat rumah. ape lagi sudahnya diorg la yang conquer..haha, tp sebagai kakak yang mithali  =) aku relakan jer..ala budak2..


and so tu la ceritanya kenapa aku lambat update entry kali ni...

laptop ku menjadi rebutan~~

Sunday, May 23, 2010

nak makan pun boleh malas ker??

slm..

hah ni dah kira kes parah dah nie. selalunya org malas nak buat homework, malas nak study, malas nak g kelas. ni dah kes lain pulak, malas nak makan. bahaya ni, boleh membawak pada penyakit aneroxia nervosa.(padahal baru hari ni kurang makan..)

sebab??

 malas nak turun pergi beli makanan..haha pemalas betul. kalo la aku tau hari ni malas mcm tu skali, baik aku puasa.

walopun perut aku berkeroncong sebab lapar, kaki aku tetap malas nak bergerak pergi buat ape2 yang patut. alamak, housemate aku pulak tgh sedap2 makan tu, bau sampai bilik aku...huhu cobaan..
Otak pun mula mencari ape kaedah yang terbaik nak mengurangkan bunyi perut disamping mengekalkan rasa malas ni.


pikir punya pikir last2 aku pun pergi google gambar makanan, bukak website McD, KFC dan ape2 webpage yg ade gmbr makanan. mana la tau terubat sket rasa lapar tu bila tgok makanan. haha, sudahnya lagi lapar ade. ish x bley jadi nie. lagu keroncong kat perut da bertukar jd lagu orkestra plak.

huhu, kaedah kedua  minum air banyak2. biar kenyang air. kenyang la sekejap. pastu berbunyi lagi perut ni, ish xpaham2 ker tuan dia tgh diet ni. nampaknya kaedah ni pun xberapa nak berjaya. last2 asyik berulang g toilet je sbb byk minum..

akhirnya, sambil menggosok2 perut yang lapar ni, aku pun pergi la selongkar rak makanan, mana tau kot ada khazanah yg aku ade simpan lagi. haha, nasib baik ada..BISKUT CHIPSMORE!! yay penyelamatku!! so, menu lunch hari ni biskut chipsmore jer..

ps: haha, korg jgn jadik malas macam aku, kalo lapar g makan nanti gastrik!

stok biskut aku xde la byk cam ni
 


sedap nyer~~
 
 

Friday, May 21, 2010

study week ku~~

slm...

STUDY WEEK. ape yang sorg student patut buat mase study week?? mesti la study, budak darjah satu pun bley jawab. tapi study kah anda wahai student2 sekalian?? 

   pada yang boleh fokus study 24/7 tu, mmg aku tabik spring la kat korg. siap boleh cover semua chapter yang dah belajar. sesungguhnya anda mmg calon student 4flat. mak bapak anda sangat berbangga dgn anda.

   pada yang fokus ade lari2 sket, x pe anda pun dah wat yang terbaik utk study menghadapi exam. semua chapter anda dapat cover (sebab baca dan scan jer maklumat yg ade dalam nota..hehe). anda pun hebat jugak. so, ape yang menyebabkan fokus kat study tu lari sampai begitu skali??

melalui pemerhatian yang aku buat dekat sumber2 terdekat aku (termasuk diri sendiri..) ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan fokus anda wahai para student sekalian, lari pecut 100 meter dari nota yang ade kat depan mata. Faktor paling utama: HIBURAN


1) FACEBOOK
aku gerenti, majoriti student universiti skarang ni, termasuk kwn2 aku, semua ada facebook. ada plak yg addicted dgn facebook. walopun mggu exam berikrar xnak bkak facebook, tp cayo la ckp den, mst bukak nyo. kalo x update status pun takat baca2 status org lain. (jgn segan2 nak ngaku, aku pun sama..). yg lagi pelik tu, siap wat status lagi, "busy study, jgn kacau", padahal rajin jer komen kat page org. pastu status online jer memanjang. maybe study gne internet kot? ish x baik buruk sangka.



2) TENGOK MOVIE
ni pun agak pelik. masa mnggu kuliah x heran pun ape2 movie yg ade kat laptop kwn. ble nak exam ni la, pertukaran movie secara sistem barter berlaku. bila dh habis cerita yg dpt dari kwn, download lagi cerita kat internet. aku pun tergolong dalam group ni. mula2 igt nak tgok satu jer utk hilangkan stress study, last2 jadi SATU HARI!! bygkan satu hari aku bley habis tgok satu season series HOUSE MD. tu blom kira lagi siaran ulang tayang. huhu, nasib baik cerita tu ada kaitan gan bidang perubatan gak, at least ade la benda yg aku blaja (~~alasan~~)

itu jer kot antara benda2 yg byk mempengaruhi dan melaghakan kita daripada study. bukan x boleh, aku pun faham, kalo study memanjang bukan masuk semua pun. mesti nak hiburkan diri jugak. tapi mungkin kita perlu belajar nak membahagikan masa. saje aku tulis pasal perkara ni sebab aku pun sama terpengaruh dgn perkara2 kat atas tu. sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan org2 yang terbaca blog aku.

akhir kata aku ambik sket petikan lagu raihan yg ak x igt tjuk die..

berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah...

Sunday, May 16, 2010

unspoken..

to whom it may concern.....

 i always have a lot of things to say to you. and a lot more that i want to hear about you. i loved to know you better and how i wished i could ever talk to you. i always see you and you hardly see me. but that doesn't matter because a glimpse of you would mean heaven to me, though i'm not sure what i meant to you. a lot of time your smile had melt my heart but there were time it became unbearable sight for me. i always admired you for who you are not for  the way you look.

though my rationale say it's time to let go, my heart just wouldn't listen. blame it on me for not having the courage to tell what i feel for you. that's just me. even it's only three words to say, sometime, they just meant to be unspoken. now it's time for you to go and live the life that you chose. my heart sank but i know, ALLAH knows what best for you and for me.

           if  you could ever read this (if you ever know it's you..) what ever happens to you, wherever the future will take you and whoever was fated for you, i just want to wish you all the best in life.

i know you'll do fine and my prayers will always be with you..

 

Friday, May 14, 2010

hablum minan nas...

slm...
 connecting with others, determining whether you had touch other people life's, those who are close to you or those that you know. have you ever wonder how people remember you, potray you in their memory?
   some person had amazingly leaves impact on others, making them sooooo lovable, being accepted at any occasion, and their presence at any course will be so meaningful. those in this category will find that loneliness is just a word. they are likely to have all the happiness in the world. they are open to share their feeelings and always have support from others. they had found what everyone were looking for. REAL GOOD FRIENDS. and most probably, their soulmate.

   on the other side of the world, there are some people who had been engaging with everyone, at every occasion, making conversation, and even laugh, eat and do a lot of activities together. but still, they presence are only considered important at some time. they are being accepted in the community but their presence did not bring that much impact on others. meaning to say that it's good to have them around but it's ok if they aren't.   they will tend to feel they have everything  but the truth is, what they have is only is only theirselve. they had found a LOT of FRIENDS, but never a BEST FRIEND.

    ......and why am i writing this????

because anyone can belong to these two groups. it lies on how you connected with others, your relations with human being. hablum minan nas as said in arab. ISLAM had always encourage us to engage a good relationship with others, to know people around you and to connect with others. 

............again, why am i writing this???

because honestly, i'm not really good at developing a new relation with others. i'm really grateful to Allah to had given me the opportunity to connect with others. to have a lot of friends who care. eventhough i can't yet put my self in the first group, it's good to know that there's always a hand that would reach out for me when i'm fall. i'm glad that i have PEOPLE WHO CARES.

  

Thursday, May 13, 2010

kau boleh..aku pun boleh..

tiba2 teringt kata2 pn hng kat kelas tadi, masa bg briefing untuk exam dgn osce.

'everyone have potential, cuma kene push sket baru nak jalan, suprisingly there are those that can go beyond the expectation...'

 
setuju sgt dgn ape pn cakap tu, memang semua org boleh berjaya, cuma nak ngan xnak jer..you chose whether to achieve your limit or go beyond it. hmm, kenapa aku tulis benda nie??
sebab aku dah nak exam tapi x dapat nak push diri aku utk exceed that limit..haha, nak kene ada org yg tolak aku kot, baru nak sedar diri~~

Sunday, May 9, 2010

when my focused is off the notes...

slm..

this is one of the thing that i like doing when my focused is off the radar or when i'm stressed.

it's called SKETCHING.

i had love to draw since i don't know when. masa kecik2 dulu pun aku selalu conteng dinding rumah, selalu jugak kene marah dengan mak. tapi lepas tu mak beli buku kat aku, suruh aku lukis dalam buku tu..hehe..masa masuk darjah satu pulak, cikgu ada ambil nama aku untuk masuk pertandingan melukis, seronok betul masa tu. aku igt lagi, aku just lukis rumah, pokok, matahari dengan awan. malangnyer x dpt pergi pertandingan tu sebab ayah outstation pada hari kejadian. (hmmm..ayah mmg selalu busy..) sedih sangat tapi nak buat mcm mana kan..


masa sekolah rendah jugak, aku suka sgt lukis kartun, especially kartun fairytails macm cinderella, snowhite, sleeping beauty. pastu byk habiskan duit beli buku mewarna, bukan sebab nak mewarna, tp nak tiru gambar yg ada kat dalam tu. actually, i'm bad at colouring, i don't know, i just don't know how to play with colours. and so i end up doing sketches using pencil. (gambar kat kiri ni gambar potret kwn aku, adila yg aku cuba lukis..hmm adalah rupa sket2..)




my sketch..2006
lepas tu, masa sekolah menengah, minat aku dah beralih pada anime jepun. semua karakter yg aku suka terutamanya watak2 dlm cerita naruto aku akan cuba lukis sampai berjaya. selain tu, ada jugak rakan sekelas aku yang giler melukis, so kteorg pun selalu la compare dan kritik lukisan masing2. hmm, sebab minat melukis jugak aku terpilih utk wakil sekolah dalam pertandingan melukis banner. 4 org satu kumpulan. walaupun x menang tapi seronok sebab dapat menyumbangkan sesuatu.

cakap pasal menyumbangkan sesuatu ni, melukis jugak boleh diumpamakan sebagai 'escapism' terhadap stress. it's a good therapy. bila kita ada masalah, berbanding menjerit utk puaskan hati, kenapa x coretkan atau luahkan perasaan dalam bentuk seni. at least you can keep it. selain tu, aku jugak pernah terbaca satu artikel dalam reader's digest yg mengatakan bahawa 'doodlez' atau contengan pada kertas boleh membantu dalam menajamkan fokus. and believe me, it does works. aku pernah experimen. mmg boleh hilangkan mengantuk especially for 'pseudo-sleepiness' syndrom. (terms baru yang aku reka).

ramai kwn2 aku yg buat aksi mcm ni bila study



pseudo-sleepiness adalah keadaan dimana kita sebenarnya tak mengantuk pun, tapi persekitaran atau aktiviti yang kita lakukan tu yang menyebabkan kita mengantuk. contoh paling senang, masa nak baca buku or study untuk exam atau pun masa dengar lecture. sebab??? hanya mereka jer yg tahu. so, aku buat experimen. aku cuba study dekat library and after 15 minute, i was off my focus. jadi aku cepat2 ambil kertas kosong dan mula sketch apa yang terlintas kat kepala. 5 minutes after that, i'm fresh to digest new informations! lepas tu bila mengantuk buat lagi. maklumlah, tumpuan manusia ni mmg terhad. kebanyakan dari kita hanya boleh fokus 5 ke 15 minit kalau dengar lecture kat kelas. lepas tu, semua buat macam2 aksi, tersengguk ada, duduk sambil mata tertutup ada, yg tdo sampai ternganga pun ada (cam sorg budak yg satu kuliah ngan aku kat matriks dulu).

masjid ubudiah kuala kangsar..



jadi, apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya?? aku pun x tau. tapi yang aku tau aku mmg suka melukis terutamanya bila ada masalah. walaupun x cantik, aku x kisah sebab sebenarnya x ada betul atau salah dalam seni. x ada istilah cantik atau buruk, art depends on how you interprates it. a person's junk may be another person's treasure.

Monday, May 3, 2010

a pleasant suprise!!


melangkaui dua dekad...

it was already 3 days past and i really, REALLY, really do not expect this! rupa-rupanya ade jugak yang sambut birthday aku. speechless...patut la safa beria- ia suruh aku mandi cepat, ade udang disebalik mee rupanya..seriously, terharu aku. turut bersama kongsi kek dengan aku adalah siti zuhaida or ida yang birthdaynya 5 mei..(celebrate awal)

there was nuy, asimah, suhana, kak sha, safa, suaibatul, ida, dayana (yg aku igt dah selamat sampai kkb), dan deyla (yg konon2 nya g jln2 kat times square). selain tu, noi jugak belanja aiskrim paddle pop pelangi..my favourite!
....semoga uhkhuwah kite berkekalan!!!.....

OPKIM, Muar, Johor..



salam.
30 april 2010- 2 mei 2010
KG Kundang Ulu, Serampang, Muar, Johor.


program operasi khidmat masyarakat (OPKIM) anjuran UKM telah berlangsung selama 3 hari di negeri johor. ini adalah kali pertama aku ikut serta program kemasyarakatan yang tidak melibatkan pemeriksaan kesihatan. program ini disertai oleh mahasiswa ukm dari kampus bangi, KTSN dan juga KTDI yang diwakili oleh kami berenam (Syahira,Rosmah,Kak Sha,Ida,Dila dan aku). pengisian program ini secara keseluruhannya lebih terarah kepada mendekatkan diri kepada masyarakat melalui program anak angkat, gotong royong memasak, motivasi pelajar yg bakal menduduki UPSR, sukaneka dan ceramah agama.


aku, syahira, kak sha dan
rosmah dapat menjadi anak angkat kepada tn HJ Salleh dan Pn Hjh Samiah. tn Hj atau abah, juga adalah imam di kg tu. sepanjang 3 hari disana, layanan yg diterima memang sgt mesra. rumah abah pun banyak kucing. jd kerja aku pun bila ada kat rumah tu mesti nak main dgn kucing walaupun allergik.

berbalik pada perjalanan program, hari jumaat tu peserta tiba lewat dari yang sepatutnya. semuanya gara-gara tidak menepati masa. jadi, acara pembukaan program hanya sekadar penyerahan anak angkat dan selebihnya malam tu, masa dihabiskan bersama keluarga angkat.

esok nya, aktiviti pagi dimulakan dengan senam pagi dan poco2. kemudian gotong royong membersihkan kawasan surau untuk aktiviti ceramah pada sebelah malam nnt. tgh hari pulak, ada gotong roong memasak. aku belajar masak urap, sayur pucuk ubi yang di rebus dan dimasak kering, ala2 kerabu. hmm, mmg seronok masak ramai-ramai ni, macam rewang pulak.

sebelah petang pulak, ada aktiviti sukaneka yg melibatkan murid tahun 6. .
antara acara yg dipertandingkan ialah cari gula2 dlm tepung, kepit bola, tarik bola dlm gelung dan macam2 lg la. semangat betul adik2 tu main. untuk yang dewasa pulak ada acara rebut kerusi. kelakar tengok mak cik2 tu main. tapi keseluruhannya ramai penduduk kampung yang turut serta


malam pulak ada ceramah maulidur rasul oleh naib kadi daerah muar kalo x salah. skali dgn jamuan makan. selain tu, majlis penyampaian hadiah sukaneka dan majlis penyerahan semula anak angkat (cepat sgt kan??)



erm, lagi satu benda lupa nak cerita. memandangkan hari sabtu 1 mei tu adalah hari ulangtahun aku, kteorg berpakat-pakat cari aiskrim. dari pg kteorg cari tp x jumpa kedai jual aiskrim. nak dijadikan cerita, rupanya keluarga angkat dila dan ida ade bukak gerai jual goreng pisang dan jajan. maka termakbullah doa kteorg nak makan aiskrim..nyum2!


setelah dua hari berkampung di kundang ulu, akhirnya tba masa untuk pulang ke UKM. gambar kat bawah ni ialah gambar kteorg bersama-sama ibu bapa angkat. kak sha x dapat turt serta dan terpaksa pulang awal atas sebab yg x dpt dielakkan. keseluruhannya, best juga program opkim ni..relax..mungkin sebab program2 sebelum ni kteorg yg jd penganjur. jadi bila jadi peserta agak mati arah sikit sebab relax sangat.


it was fun and i'm looking forward to join such programs.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...