Monday, May 7, 2012

bijak..bijak...

salam..


apa itu definisi pandai, bijak, dan yang sewaktu dengannya?
bagaimana kebijaksanaan itu diukur?

berdasarkan keputusan peperiksaan? lagi banyak 'A' yang dikumpul, makin bijak la sesorang itu.
atau...
kejayaan dalam hidup? mempunyai profession yang disegani, punya harta dan wang berjuta..
atau
penghormatan daripada orang di sekeliling? diiktiraf masyarakat, menang pelbagai anugerah dan pengiktirafan..


hmmm...


bagi saya, kebijaksanaan itu adalah keupayaan manusia memproses maklumat yang diterima, memahaminya,  menyimpan dan seterusnya memanipulasikan maklumat tersebut menjadi sesuatu yang berguna untuk diri dan masyarakat. Maklumat yang berguna itulah diangkat sebagai ilmu.

pada dasarnya kita semua makhluk ciptaan Allah yang pandai. Kerna Allah menganugerahkan manusia dengan akal. setiap manusia, paling tidak, akalnya mampu untuk menerima dan menyimpan maklumat yang diterima. apabila kita memahami maklumat tersebut, secara tak langsung proses pembelajaran telah pun bermula. yang membezakan tahap kebijaksanaan manusia adalah
sedalam mana kita mampu memahami maklumat tersebut dan sejauh mana kita mampu memanipulasi maklumat yang diterima itu, menjadikan ianya berguna pada diri sendiri dan pada umat manusia yang lainnya, ataupun sekadar menjadi maklumat yang dibiar terperap di bahagian hipocampus otak kita.

sebagai contoh, iklan susu yang ade scene Wardina ajar anak dia pasal magnet boleh tarik besi tu. sang anak menerima maklumat dan memahami konsep kesan magnet kepada objek besi lalu memanipulasikan maklumat yg diterima itu dengan menggunakan magnet untuk menarik sudu besi yang jatuh di tempat yang tak dapat dicapai. nampak complicated pulak penerangan ni. Iklan tu walaupun niatnya nak menunjukkan produk mereka bagus tapi bagi saya itu adalah contoh bagaimana maklumat boleh ditukar menjadi ilmu. Maksudnya budak tu bijak la memanipulasikan maklumat yang diterima.


YA..


Pada dasarnya Allah menjadikan kita semua pandai, terpulang pada kita samada mahu kekal pandai atau mahu jadi bijak. Tapi bijak dalam ilmu pengetahuan saja tak menjanjikan hidup yang tenang. macam salah satu episod dalam dram siri House MD yang pernah saya tengok. pesakitnya seorang genius yang mengambil codein ataupun ubat batuk supaya beliau menjadi kurang genius. beliau hampir mendapat kegagalan buah pinggang oleh sebab tindakan tersebut. kerana beliau merasa menjadi seorang yang bijak tidak memberikan kepuasan dalam hidup. beliau sunyi kerana tiada kawan. tidak ramai yang berfikir dalam pola yang sama seperti beliau.


Ya. orang yang suka berfikir memang agak susah nak bergaul. bukan sebab sombong. cuma lebih senang buat kerja sendiri. tapi tak bermakna mereka tak perlukan kawan dan kehidupan sosial. mereka cuma tak tahu macam mana nak sesuaikan diri. (talking by experience..)


Mungkin kisah ini sekadar fiksyen saja. tapi apa yang boleh kita belajar dari sini adalah hidup itu peru seimbang. malah bijak juga perlu seimbang. bijak dari segi mental harus diseimbangkan dengan bijak dari segi rohani. jika si fulan dalam cerita tadi itu bijak dari segi emosi dan punya pegangan agama, tak mungkin dia akan mensiakan anugerah yang ada pada dirinya dengan cara yang boleh membahayakan nyawa sendiri. mungkin, beliau akan cukup bijak untuk mengawal masalah yang dihadapi.


kenapa tiba-tiba saya bercerita tentang topik ni. sebab ada kenalan lama yang hampir lupa siapa saya bila berjumpa semula di FB, tapi tiba2 beliau teringat siapa saya dan menaip...

 'oh yang budak pandai tu kan? skema2 sikit..'.

saya cuma senyum.dan membalas semula...

'tak pandai mana pun....skema tu ya.'

boleh jadi, pandai itu characteristic yang orang nampak tapi tak semestinya benar...saya tak pandai, cuma suka berfikir...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...