Sunday, November 28, 2010

uwaaa~~ esok exam

slm..

mak, rasanyer kalau timbang otak aku sekarang mesti dah naik berapa kilo!! patut la aku rasa kepala makin berat jer, sampai tersengguk-sengguk depan buku, dah fully loaded dengan  ilmu. ewah, padahal tak habis cover lagi..huhu, cepat ngaku siapa yang dah abis cover semua topik, angkat tangan CEPAT!! aku nak tabik spring dengan korg.

huuuuuuu....esok exam modul mental health. nasib baik lecturer sporting, banyak bagi tips utk jwb exam..kteorg tak mintak tau, beliau yang bagi. hehe, boleh la fokus sikit kat topik2 yang dijangka keluar. disebabkan kebosanan yang amat bila study sorg2, aku pun cuba kaedah lain nak blajo.

first thing up, group discussion. bagus jugak buat group discussion ni, banyak idea2 yang tak terpikir dek akal bley keluar. hehe, SHARING is Caring right. sambil discuss pasal pelajaran, boleh jugak discuss gosip2 terbaru ewah...(selingan sikit..). ye lah, kita mesti nak jaga kesihatan mental kan, tak bley terus-menerus belajar, otak pun mau rehat maa...

lepas tu aku balik rumah dengan kepala yang dah mula pening2 lalat. tiba2 rasa nak tengok movie or drama kat external. last2 terpilih cerita House season 6. nape ek?

sebab, episod ni ade kaitan dengan mental health, kalo x caya tengok ni...

antara babak yang ade..
best tengok episod ni sebab banyak ciri2 mental disorders yg aku belajar ade kat dalam ni. banyak jugak isu tentang mental health yang diketengahkan. haha dalam scene kat atas tu, dr House tengah sibuk meneka disorder tiap2 patient mengikut perwatakkan diorg, walaupun dia sendiri dah jadi patient kat situ...

k anyway, harap2 la esok bley score paper mental health..
.......::: amin :::........... 

Tuesday, November 23, 2010

Harry Potter, the 7th episode...

slm..

yay, akhirnya keluar jugak filem Harry Potter. Sejak kematian Prof Dumbledore yang menutup siri filem HP yang lepas, aku memang tak sabar2 nak tunggu kesinambungan filem yang ramai die hard fans ni. 

lepas 2jam setengah menonton, boleh dirumuskan yang HP and the Deathly Hollows memang best. jangan ditanya perbandingan filem dengan novel sebab aku bukanlah peminat setia novel Harry Potter. Movie ok la.

Memang  banyak aksi dan emosi yang dipaparkan. Dengan bermaharajalelanye Lord Voldermort, banyak watak2 lain yang terkorban. (nak tahu siapa kena tgok la, tak pun baca buku dia). tapi antara watak2 yang terkorban tu, bagi aku, yang paling sedih sekali bila Tobby the Elf (tobby ke dobby ek, translation kate dobby..) mati masa nak selamatkan HP and the geng daripada Bellatrix. alamak, kan dah bocor satu huhu.. Selain tu jugak jalan cerita kali ni lebih tertumpu pada pemburuan Lord Voldermort untuk mencari tongkat sakti baru untuk membunuh HP kerana tongkat yang sedia ade tak mampu berbuat sedemikian. Di sudut lain pulak, HP dan kawan2 sibuk mencari dan memusnahkan Horcrux yang menyimpan jiwa Lord Voldermort supaya dapat menghapuskan beliau. (hehe, apakah?).

ok, secara keseluruhannya, HP & the deathly hollow berjaya memuaskan hatiku dari sudut hiburan. I mean, it's fun to watch those actions, friendship quality, the bond and strength to protect those important to you, and also the budding loves and jealousy between those characters. 

tapi satu jer la, bagi mereka yang menonton, perasan tak ada 'jarum' Illuminati kat dalam cerita tu. sebenarnya, hampir semua filem keluaran hollywood ada menyelitkan unsur2 atau simbol kebesaran Iluminati ni. In fact, cerita HP7 tu sendiri bergerak atas simbol yang digahkan oleh golongan iluminati. hmm, perasan tak simbol yang cuba ditafsir oleh Hermoine tu, yang rupa2nya mewakili 3 barangan death hollows tu menyerupai lambang satu mata, yang juga merupakan simbol pemujaan utk dajal? hehe, ke aku sorang jer yang terlebih perasan??

hmm, menonton sambil berfikir.....wallahualam~~

Friday, November 19, 2010

...::rindu yang terubat::...

slm...
bila sudip bertemu kuali, 
inilah yg jadi..
(pantun dua kerat, apakah??)

tadaaa!!! mee bandung style mak aku...

akhirnya lepas pun gian nak memasak. resepi mee bandung yang diajar oleh ibuku tersayang. bangga juga hasil 'campak kan' ku ini diperakui sedap oleh mak. Waaa~~kembang kempis hidung aku masa makan tadi.
esok cuba masak benda lain pulak la. yeah!



Friday, November 12, 2010

waaa...bahagianya~~

slm...

kalau sebut hospital bahagia apakah imej ini yang terbayang di fikiran korg??

~~MeNaKuTkaN~~

kalau korg jawab YA, dukacita dimaklumkan, tanggapan korg salah sama sekali (termasuk aku sekali..).
lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), atau lebih terkenal dengan nama Hospital Tanjung Rambutan telah membuka mata aku seluas-luasnya bahawa hospital bahagia ni memang boleh membahagiakan penghuni nya.

tak sabar nak explore~~

dengan landskap yang sangat menyejukkan mata, kami dibawa mengenali dengan lebih dekat lagi wajah sebenar HBUK yang terkenal seantero Malaysia. ada lebih kurang 79 wad yang boleh menampung seramai 2000 lebih pesakit. (kalau tak salah la..tu lah masa taklimat tadi mata dah terbayang katil~~). kalau nak tahu sejarah ringkas HBUK ni, sila tekan sini. tak payah susah2 nak belek buku teks sejarah. huhu, ada ke buku teks sejarah cerita pasal hospital ni??? ish..memandai jer aku ni. tapi kesian staff kat sana. bayangkan satu wad ada 2 orang je staff nurse. psychiatrist ada 8 orang untuk satu hospital dan dentist lagi kesian. 1 orang untuk jaga penghuni dan staff HUBK dan penduduk kat kawasan tg rambutan. silap2 haribulan boleh tukar peranan jadi patient pulak kat sana..(huh..nauzubillah~~)


merupakan salah satu daripada 4 institusi mental di Malaysia, HBUK adalah yang tertua kat Malaysia, tahun depan dah masuk ulangtahun ke 100. waa...lamanyer. mesti banyak hantu kan??? oopss..no komen.
disebabkan keluasan tanah yang amat luas, 503 ekar, (huish..bley buat perkampungan untuk satu keturunan neyh!), pesakit disana dapat menjalankan pelbagai aktiviti sebagai salah satu cara pemulihan.

kalau bosan boleh main catur ni, lepas tu gerenti kurus...
hmm~~sebab tu kot, pesakit kat sana nampak slim jer..
antara aktiviti yang dijalankan termasuklah berkebun. macam2 tanaman ada kat sana. dragonfruit, serai, pokok pisang, pokok kelapa dan hasil2 tanaman tersebut akan dijual sekaligus pesakit2 pun dapat gaji. untuk pengetahuan, sesetengah pesakit yang telah sembuh tetapi tidak mempunyai keluarga atau keluarga tidak mampu menampung mereka, terdapat tempat khas untuk mereka tinggal. disamping tu, mereka diberi pekerjaan supaya mereka dapat berfungsi seperti manusia biasa.

pokok kelapa..boleh buat video klip lagu hindustan kat sini hehe..

selain wad biasa, wad kemasukan dan wad pemerhatian, terdapat jugak wad forensik yang menempatkan mereka yang berkemungkinan tidak waras semasa melakukan jenayah. dekat sini la mereka akan dipantau samada betul2 tak waras atau buat2 tak waras. setelah diamati, pengurusan pesakit mental disana dan di PPUKM tak jauh beza, cuma di HBUK lebih mencabar.
  
jadi kesimpulannya, bahagia kah pesakit disana??? entah lah, sebab ada yang memang nampak 'bahagia' hidup dalam dunia ciptaan masing2. kita yang berpijak di bumi nyata ni lah yang perlu memastikan 'kebahagiaan' mereka tu tak menyebabkan kesengsaraan pada orang lain. aku pulak, bila nak rasa rasa bahagia ni? eceh~~ ;p 

ps:  my heart almost stop beating today, seeing 'something' that i thought was hallucination but turns 
       out real. ohhh, is this good or bad sign~~ (*sigh~)

Sunday, November 7, 2010

a walk in Bintang Walk..

slm...

due to financial problems and sudden urge to go out and have fun, we decided to just take a stroll down  Bintang Walk, KL. we've passed this place dozens of time before but never bother to stop and take a look around. so this is the day!!

the energetic faces, eager to explore...


golden man. i wonder how he's able to stay put for  such a long time.

 Pavilion mall,
there were fashion shows going on today.
a tourist offers to help us photograph together in return that we help her.
waaaa~~thank you very much!!


ZARA in Lot10..again no money = no shopping..huhu,
simple equation..

there were places that we had not explored yet. too exhausted to continue. hmmm...maybe next time, when money isn't an issue anymore... = )


Friday, November 5, 2010

saya SUKA laut..

the view of Pantai Teluk Kemang, PD
slm..

hari ni pergi Port Dickson. waaa...dah lama mengidam nak duduk tepi laut, dengar bunyi ombak..akhirnya termakbul jugak doa. terima kasih daycare psikiatri yang menjadikan mimpiku kenyataan..hehe..yup. sebenarnya tujuan asal ke sana adalah untuk menjalankan aktiviti bersama pesakit luar.  memang seronok sangat...awal2 pagi lagi dah bangun. semangat membara!

sempat lagi buat origami sementara tunggu pesakit datang...
setelah 1 jam setengah perjalanan akhirnya sampai la ke PD. lagi tepat, pantai teluk kemang. well since it's already noon, we just played few games, and were having a lot of fun!! the patients was happy and engaged with the game well. we too, were satisfied because they really enjoyed the game! then, it's time for picture. as always i just can't stop taking pictures..so lets just cut off the word and let those pictures do the talking!


among games being played..

us....after the games...wanting so much to be near the ocean... 
oh no!.. i totally forgot to write my name on the sand~~
:(

last picture snapped. it's time to go~~

hmm, we were so mesmerized by the ocean view until we forgot to explore other places. huhu...suddenly i missed Sabah and Labuan. REALLY hope that our plan going there will succeed!





Wednesday, November 3, 2010

dam haji vs. catur

slm..

'sape nak main chess, lama nyer tak main..'kata ku.
'aku budak kampung, mana tahu main chess.' jawab seorang hamba Allah ni.

wah, rasa terpinga-pinga aku bila dengar kenyataan 'beliau'. salah ke kalau aku lebih suka main catur berbanding dam haji? ada nada bangga 'menjadi orang bandar' ke dalam ayat aku tadi? aku tersalah cakap ke?? seraya itu mood aku pun berubah. cuba mencari ayat balas.

'ooo..mak ayah aku pun asal kampung jugak..' hanya itu yang mampu terpacul dari mulutku.

terfikir jugak aku, ada beza ke jadi orang bandar dengan orang kampung? bukan ke orang bandar tu asal-usulnya dari kampung jugak.

huhu, tak tahu la pendapat orang lain, tapi bagi aku mungkin suasana dan budaya  kita dibesarkan tak sama. ye lah, budak-budak kat bandar tak semua tahu main tarik upih pinang, kurik-kundi, galah panjang dan budak kat kampung pulak tak semua yang mampu nak beli PS2, PSP, Gameboy dan yang sewaktu dengannya. tapi adakah itu yang menandakan budak kampung lebih baik dari budak bandar atau sebaliknya??

aku suka main lompat getah masa sekolah rendah dulu, sampai dalam kelas pun kteorg main jugak..last2
game ni kena 'band' dengan cikgu! (tapi kteorg main jugak sorok2.. =) ) 

credits for this picture - http://www.ertihidup.com/  
tak kisah la mana asal usul kita, bagi aku, yang membezakan kita adalah cara pemikiran sebab itu lah yang mencorak identiti kita. tak lupa jugak didikan agama kerana itu lah landasan kita supaya tak tergelincir. tak semua orang bandar itu 'sosial' dan tak pula semua orang kampung sopan santun. orang kampung dan orang bandar hanyalah label semata2! yang penting bagaimana cara kita membawa diri.

bila fikir2 balik kata-kata 'beliau' mungkin ada betulnya. kita memang berbeza tapi tak semestinya kita berlainan sama sekali. Be open and you might view the world differently!

Monday, November 1, 2010

popcorn on sunday..

slm..

~~lokasi serbuan~~
GSC leisure mall
hari ni pergi tengok wayang, cerita Takers. Ada lapan orang yang pergi. macam rombongan kelas pulak. jalan ceritanya not bad. boleh la kasi 4 bintang. (ceh, macam aku expert sangat jer nak kasi bintang2 ni..).

Ceritanya mengisah kan sekumpulan perompak profesional, berselindung disebalik rupa yang smart dan masing2 ada kerjaya sendiri. nak tahu lebih?? pergi la beli tiket dan tengok sendiri. tak best la kalau cerita lebih-lebih.



antara ahli rombongan yang terlibat


cik simah yg dh 'jatuh cinta'
dgn hayden christensen dan
aku yg makin chubby sebab
asyik makan jer..
 tapi memang menarik la terutama sekali nilai persahabatan yang diterapkan (bak kata kawan aku cik saffa chok). sebak jugak tengok babak ahli kumpulan perompak tu terbunuh. lagi2 yang paling hensem mati dulu..watak hayden christensen (bak kata asimah, kawan aku sorg lagi, 'masa mati pun hensem jugak' ) selain tu aksi kejar mengejar dan rompakan terancang tu pun nampak tak mengecewakan. sampai kita orang pun sepakat menyokong kumpulan perompak  berbanding polis..ish,ish, ish...ni lah pengaruh filem hollywood yang salah pun nampak baik jer..

okeyh..wake up2!! masa bergumbira dah habis. esok sambung posting kat wad psikiatrik lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...