Monday, December 27, 2010

bagai mahu tersenyum sampai ke telinga.. =)

assalamualaikum...

tak tahu nak cakap ape. rasa nak gugur jantung, sampai sekarang tangan aku menggeletar lagi. Ya Allah!! tak sangka doa aku termakbul...


 MAK....AYAH..!!!
RAINEN NIHON NI IKIMASU!!


hait! this is for real. aku da cuba cubit tangan aku tadi memang ada rasa sakit. maksudnya aku tak mimpi la kan??? aku pun tak percaya lagi sampai sekarang. Ya Allah, ade jugak rezeki aku nak pergi sana. kalau tengok2 balik, hmm, sape la aku kan, aku rasa ada yang lebih layak tapi da rezeki kan. harap2 semua nya berjalan lancar. by the way, ada 3 orang yang terpilih. seorang best student berdarah campur (Chindian), sorang lagi amoi dari sabah, dan aku. Universiti yang Prof cadangkan terletak di bandar Sapporro, dekat kepulauan Hokaido. yup, under Universiti of Sapporro City. Course elective yang ditawarkan pulak under Community Nursing.

dalam rasa seronok + excited dengan hati yang berbunga2 nak gi Jepun, ada banayk jugak cabaran kat sana nanti. macam yang prof cakap tadi, mungkin kami akan susah sikit sepanjang ade kat sana nanti. kenapa?


1. MAKANAN HALAL. sebab aku sorang je yang muslim, jadi kena bawak stok makanan sendiri la jawabnye. huhu, kurus la aku kat sana nanti. makan megi, kentang ngan sayur je la jawabnye.
MaMee SlurPPpp~~


2. BAHASA. ada dua orang jer lecturer yang tahu berbahasa Inggeris. so wajib la kiranya untuk kiteorang belajar cakap jepun. medical terms pulak tu. adoyai. setakat cakap 'aishiteru' tu aku pandai la~~

3. $$$$$  Kos sara hidup kat sana sangatlah tinggi. duit yang UKM bagi cukup untuk tiket kapal terbang ngan penginapan je plus makan minum sikit2. so tahun depan aku dah tak boleh shopping benda merepek2 dah. 

4. COMMUNITY NURSING?? Kena ambik elektif Community Nursing. i opt for pediatric or critical care but oh well, community nursing is broad, so i got to practice peadiatric nursing as well, talking about killing two birds with a stone.!! tapi masalahnya dah nama pun komuniti nursing so kena la bercakap. jadi siapkan kamus!!

waaa...harap2 la semua berjalan lancar dan tak ada apa2 masalah. sebab ni la salah satu impian terbesar hidup aku. termakbul pulak tu. Ya Allah..may your blessing be my guidance...

ps: operasi menonton drama jepun bermula....Code Blue and Iryu Team Dragon!! 

Saturday, December 18, 2010

Roadshow: Matrikulasi Changlun

assalamualaikum..

waaa...ni kali ketiga ikut roadshow. penat memang penat, sebab kena serbu dengan lecturer dan student dekat gerai klinikal. tak sempat nak rehat. macam-macam ragam ade. ada yang berminat, ada yang tak. yang pelik tu agak ramai yang macam ter'confuse' dengan masa depan diorang. ye lah, ambil course akaun dan sains fizikal tapi nak jadi doktor. hmmm, tak dapek la akak nak nolong ye dik. doktor falsafah bolaeh la kot. sesi ceramah jugak dapat sambutan yang agak baik.

   overall, memang best! junior yang ikut pun nampak nye dah menunjukkan kredibiliti yang bagus untuk gantikan  senior walaupun baru tahun satu. cayalah korang!! best jugak sebab banyak sangat benda kelakar, rasa nak pecah perut gelak terutamanya peristiwa som tam. by the way, som tam tu adalah sejenis makanan thailand ala2 kerabu.

 masa balik pulak sempat breakfast makan cendol...waa, pagi2 dah makan cendol! lepas tu on the way balik singgah Pekan Rabu shopping kerepek.

hmm...harap2 berkesan la roadshow kali ni. tak sabar nak jumpa junior tahun depan~~~

Friday, December 10, 2010

Makan @ Penang

::assalamualaikum::


(this update is rather late; i am now happily at home.. but oh well, who cares??)
Hari ni secara rasmi nya, aku dah tak tak ada duit!! ni semua gara2 berjalan sakan dekat Penang. walaupun kebanyakannnya kakak aku yang belanja (hehe thank you No!) tapi duit aku tetap habis. adui, cukup2 je bajet. haa...cerita pasal makanan, buat pertama kalinya aku pergi Penang tanpa makan kat restoran nasi kandar. saje ubah angin. sepanjang berada kat Penang, perut aku terisi dengan makanan2 yang sedap je. meh sini aku rekomen sikit kedai2 makan yang best.


1. Pak Hussin Tom Yam
masakan ala thai. macam2 pilihan ada. tapi menu pilihan hari tu tomyam ayam, siakap tiga rasa, nasi goreng ayam dan ayam manggo. servis not bad, kalau order air memang cepat sampai. waiter yang hantar makanan pun bergerak pantas, macam nak lari pecut seratus meter je. rasa???? yummy!!


menu pilihan..

siakap 3 rasa, before and after..



2. Bistro Route 69
chicken chop + iced mocha = kekenyangan
sajian makanan ala barat. selain tu ade jugak menu lain macam nasi goreng yang macam2 jenis. menu pilihan. Chicken Chop BBQ and Ice Mocha. menu lain yang berbaloi untuk cuba : Grilled Chicken Chop, Sweet n Sour Chicken Chop, Chocalate ice blended. Nasi goreng Ayam pun sedap jugak. lokasi, Bandar Perda, Seberang Prai. 


3. NASH Doughnat
cantik kan bangunan ni~~

untuk die hard fans donut berperisa macam Big apple, Dunkin' Donut, dan yang sewaktu dengannya, NASH Donut ni memang berbaloi untuk di cuba. rasa pun setanding dengan Big Apple. merupakan produk bumiputera. (sokonglah makanan tempatan!!) harga pulak sangat2 murah, RM1.60 je untuk sebijik donut. pilihan pulak tak payah cerita la, memang banyak. selain donut, makanan berat seperti mee bandung turut dijual.


  Ice blended pun ade, murah pulak tu, RM5.50 jer. kalau nak beli pastri dan kek pun ade. berbaloi-baloi untuk di cuba. lokasi : Bandar Perda, Bukit Mertajam belakang Jusco, seberang jalan dari outlet Bank Islam. cawangan lain ada sekitar utara je, dekat Taiping, Perak, Sg Petani dan Jitra,Kedah. kalau nak tahu lagi lanjut, boleh tengok website ni. (wah, macam promoter pulak!!)
HAH, nak yang mane, cepat pilih, pastu bayar sendiri~~


















tak semestinya pergi Penang makan nasi kandar kan??! hehe, baru aku teringat, aku nak makan Char Kuey Tiow..cam mana boleh terlupa..ish x3~~

Tuesday, December 7, 2010

aku tak bodoh!!

assalamualaikum...

 Hari ni aku pergi tonton cerita 'Aku Tak Bodoh' kat TGV Seberang Prai. niat di hati nak tengok Rapunzel: Tangled Tale tapi dah terlepas waktu tayangan. tapi memang tak rugi. keseluruhan cerita menghiburkan dan menarik. kelakar jugak cerita tu, asyik tergelak je sepanjang menonton. ok, to cut thing short, ini adalah fakta menarik tentang filem Aku Tak Bodoh. nak tahu sinopsis boleh google atau search kat internet ye~~

1. dialog dalam ceita ni memang sempoi, tak berbunga2. short and hillarious.

Thumbs Up!!
2. kelakar sangat masa scene Jefri, budak umur 8 tahun, bawak kawan
    dia pergi klinik sebab ingat kawan dia tu mengandung. ni semua gara2
    pengaruh drama tv. ade ke menari pusing2 keliling pokok boleh buat
   org pregnant. haha, siap suruh makan nenas berplastik2 lagi. memang
   kelakar scene tu. pandai pulak pergi jumpa doktor.

3. lagi satu scene yang kelakar masa ayah si Sudin nak belikan beg
     baru untuk anak dia tu. beg kartun yang dibeli, macam beg sekolah
     rendah dulu padahal anak dia da 18 tahun!

4. aku rasa tema utama cerita ni ialah komunikasi. yep, antara ibubapa
    dengan anak2, guru dengan murid, ibubapa dengan guru...pendek
    kata kalau komunikasi berlaku sehala je, memang akan berlaku
    konflik.
    (ewah, buat hipotesis lak aku neyh..)

5.  aku suka tengok Sudin berlawan. waaaa....sugoi ne! smart hensem
     giler!!

6. mak cik yang kene ragut dengan Sudin dan Roy tu pun kelakar. keh2, boleh pulak dia cakap 'saje telefon  
    polis, nak tengok kecekapan polis Malaysia buat kerja'.

7. masa bapak sudin cakap i love you dekat dia..haha, sumpah kelakar. sampai terlepas periuk nasi. tapi
     bila dialog yang sama diulang masa ayah dia tenat, rasa sedih pulak.

8. ending dia tak boleh bla! boleh pulak Sudin tu menang pingat emas kat olimpik acara silat. kah2..macam
    tak logik pulak.

jadi memang tak rugi lah tengok cerita ni. walaupun diadaptasi daripada filem daripada singapore (I Not Stupid) tapi aku rasa cerita ni best. nak kasi 4 bintang la!!

penonton yang berpuas hati...
cerita ni memang sesuai untuk tontonan keluarga..


ps: sakit hati dengan perangai penonton yang tak tahu hormat penonton lain. dah la tak silent handphone, boleh kutuk2 pulak filem ni. kalau tak nak tengok keluar je la kan??!! buat bising jer..ish, ish, ish..terok x3!!

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah 1432

....:::: SALAM MAAL HIJRAH :::.....

senja di Bandar Perda, seberang perai, Penang. 

 :: berakhirnya tahun ini, bermulanya tahun baru. semoga amalan yang lepas diterima oleh-Nya dan terus istiqamah menjalankan suruhannya ::  

post exam escapes 2 :: Putrajaya::

assalamualaikum..

hari selepas exam...

tak puas rasanya berjalan2 kat I-City, jadi kembara melepaskan tension bersambung di Putrajaya. yeah, jalan-jalan di sekitar Taman Botani, menghirup udara segar dan membiarkan kulit di sinari cahaya matahari.. cuaca baik wooo, sampai rasa macam bley dapat sunburn. 


sebenarnya destinasi asal nak pergi pameran MAHA kat UPM Serdang. tapi setelah melihat barisan kereta yang MAHA panjang di tol UPM, maka hajat pun tak kesampaian. haha, bayangkan pukul 10.30 pagi dah jam macam tu wooo. haha, next time la. tak dapat la jumpa ayah kat sana.


lepas tu lokasi kedua berjalan2 sekitar Putrajaya. Nak cari Wetland. aku pun tak tahu ape yang ade kat Wetland tu, tapi mengikut kata Kak Sha, tempat tu cantik kalau bergambar. nak jadikan cerita, dah nampak da Wetland tu, tapi seruan dari perut yang minta diisi lebih di utamakan. jadi singgah la kami di pizza hut untuk isi 'tangki'. hehe, ingat tangki minyak kereta je kene isi??!

Pizza at Alamanda $$$$

malang tak berbau, rupanya selepas itu, kami hanya bertemu dengan signboard Wetland je, tempatnya tak jumpa2 dah..setelah buat pusingan sebanyak...aaa...berape kali ek???, akhirnya kteorg pun surrender.

tangkap je lah gambar kat kawasan2 menarik sekitar Putrajaya. haha, bergambar mengalahkan pelancong!! destinasi terakhir, Taman Botani.

Masjid Putrajaya

kompleks pentadbiran negara

orchids kat Taman Botani..
cantiknya~~





serius, kalau cuaca hari tu redup, tak tahu la pukul berapa baru kteorg balik. anyway, the view there was WOW! for nature lovers, it's worth it to be there.   

hah, macam kat Phuket tak?? (macam la aku pernah pergi phuket ;p)


sempat berangan kejap....berangan nak balik rumah, (dalam kepala, tiket balik ade lagi ke ek...)


















hehe, anyway, terima kasih kak Sha sebab bawak kteorg jalan2. siap hantar sampai stesyen bas lagi. nanti kita pergi jalan2 lagi ye =)

Saturday, December 4, 2010

post exam escapes :: I-CiTy ::

assalamualaikum..

WAAAAAA!!!! dah habis exam! bermakna dah habis semester 5. cepat nya masa berlalu. seperti yang dirancang, sesudah exam final paper dengan pantasnya kami bergerak ke lokasi yang ingin diserang.

I-CITY SHAH ALAM!!!

yeah, setelah merasa diri diselubungi kegelapan dek kerana tak dapat nak jwb soalan exam dengan baik, (waa, paper nursing theory~~should i mourn??) lawatan ke 'bandar cahaya' ni sedikit sebanyak boleh meneutralkan kegelapan tersebut.  disebabkan semangat berkobar2 untuk menjejakkan kaki di I-city, maka tibalah kami pada pukul 5.30 ptg di tempat kejadian. haha, tak menyala lagi lampu, hujan renyai2 pulak tu. 

bila dah hujan, perut pun mula berdendang. akhirnya, tiba la kami di UITM Shah Alam. lokasi untuk berteduh dan mengisi perut yang dah memberi signal.

preparing




waaa, chicken sandwich picnic~~ tottemo oishi. arigato ne, hazwani san for preparing the scrumptious meal.








lepas tu menghabiskan masa dengan bergambar sementara menunggu maghrib menjelma~~~~

ahli rombongan


akhirnya matahari pun beradu...azan maghrib berkumandang~~


dusk in UiTM Shah Alam..allahuakbar, shantiknyer~~

setelah menyelesaikan kewajipan, sambung balik misi yang tergendala. waa, betul la, I-city memang meriah dengan limpahan lampu2 nya. cantik betul. tak percaya tengok ni...

si burung merak

kaktus bercahaya..

raindeers..

snowland..

 there's just whole lot more to show. so if you are eager to know what else I-City have to offer, why don't you take a stroll down there and experience it yourself. it worth it!! 

sebagai peringatan, tolong datang selepas matahari tenggelam~~ kalau tak lampu tak menyala. hehe, to be safe, do come as early as possible or you'll end up in a long que to take pictures in specific placesthat being offered to you. we got to choose animal land or snowland, and we go for snow..yipee!

Thursday, December 2, 2010

addicted to online shopping~~

slm...

i thought not going to shopping malls would keep me abstinence from buying new clothes..
i thought that staying in the hostel, concentrating on revision, reviewing notes would keep my purse from 'losing' it's weight..

how wrong was I....


oh no, technologies always have a way to screw with the 'promises' that i've made to myself.  last time i was addicted to watching dramas online but alhamdulilllah my exams scores are not badly affected. now, online shopping had totally 'swallowed' the time that should have been spend on my Nursing Theories notes...instead of reviewing the notes, i'd scan all the beautiful clothing sold via facebook. gosh, these guys are really good at making money. and i'm good at spending it. poor me~~~


but on the bright side, online shopping do save a lot of hours of walking and screening all shops. just a click, view and chose anything that suits you, make transaction and there you are! however, it had 'infected' me at the wrong time...


and the dark side???? 
here i am, still reading my notes at 2 am...huh..serve me right. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...