assalamualaikum...
hari ni rekod! aku tido pukul 3 pagi, pastu boleh bangun balik pukul 5 pagi. haha, semua sebab nak ikut program medical camp yg di rekomenkan oleh lecturer kat jabatan. mula2 tak tahu pun program ape sebenarnya yang dimaksudkan. yang tahu, ade kenderaan yang akan bawak ke Johor, pukul 5.30 pagi. Johor kat kawasan mana pun tak tahu..hah, dahsyat betul. disebabkan tempat terhad, 3 org jer yang dapat ikut.
 |
| yang saja2 melibatkan diri... |
rupanya persatuan sukarelawan yang terdiri daripada doktor dikalangan kaum India. hah, ambik ko, rupanya aku sorang jer yang muslim. GULP!! haha rasa pelik pulak. tapi layan je lah, semangat satu Malaysia la katakan.
jadi pukul 6.00pagi, kami pun bergerak la ke destinasi yang ditetapkan, Simpang Renggam, Kluang, Johor. laa, kampung Kluang Man rupanya..lepas hampir 4 jam perjalanan akhirnya sampai juga.....
 |
Batu bersurat yang menandakan kita orang da sampai...kelibat Kluang Man tak kelihatan pun..
|
aktiviti yang dijalankan lebih terarah kepada health screening ngan consultation. macam biasa, kami incharge bahagian blood glucose dengan blood pressure monitoring. Ada jugak doktor dari hospital berdekatan yang turut serta dalam program ni. aku suka setting program hari ni. mula2 pengunjung diminta membuat health screening seperti saringan tekanan darah, gula dalam darah, ujian penglihatan dan BMI. kerja kiteorg la tu, tapi ade jugak sorg doktor terlibat. lepas tu, ade bahagian health consultation dengan doktor. doktor bukan yang calang2 pulak tu, ade yang fly dari India lagi tu. huh, dtg pakai sari jer. masa sesi tu, kalo pengunjung ade masalah kesihatan macam demam ke, selsema ke, sakit kulit ke, alergik ke, doktor terus prescribed ubat. huh, sakit hati x termasuk ek..nampak efektif la cara mereka menjalankan khidmat masyarakat. memandangkan ini semua salah satu aktiviti charity, jadi semuanya free of charge!!
sepanjang screening tadi ade satu benda pelik yang aku perasan. aku jaga bahagian glucose monitoring. ade sorg auntie ni datang relax jer. bila tanya, dia cakap dia ade diabetes dan dah cucuk insulin pagi tadi. sekali check glucose hambek kau, 21mmol/L!!! siap ade ketone lagi. mak aih, relax jer auntie ni. mesin ni salah ke, atau beliau yang salah inject ubat tadi. check lagi sekali pun bacaan lebey kurang jer. dah immune kot auntie tu..dia relax, aku yang risau..
untuk pengetahuan, bacaan rawak paras gula yang normal ialah 4-8mmol/l, kalo lebey 10mmol/l tu dah kira borderline. 21mmol/l selalu nyer org dah pening2 dan jalan terhuyung-hayang..silap2 boleh pengsan!
selain tu, ade jugak sudut pameran tentang bahaya denggi dan pencegahannya. haha not bad.
 |
| kalau nyamuk aedes besar macam ni kan senang nak hempuk. tapi sure tak lut kalau tampar guna tangan, kurang2 pun guna raket tenis baru boleh kot... |
rata2 pengunjung yang datang ke sini adalah dari kalanan kaum India jugak. selepas di'screening' kawasan sekitar, fuhh, ade rupanya doktor melayu, tak de lah aku kekok sangat. selain tu, pihak penganjur pun macam paham jer yang ade muslim yang terlibat, jadi menu makanan hari tu semua vegetarian.
ALAMAK! VEGETARIAN??!!!
asing betul perkataan tu dengan selera tekak ku. haha, sebagai pencinta daging, aku memang tak boleh hidup denagn makan sayur. tapi nak buat macam mana, itu je yang ade, bedal je lah..tapi tekak tak boleh terima jugak, nasib baik ade kuah dal ngan papadom yang jd penyelamat. huhu, macam mana nak survive kat negara org ni...
masa on the way balik tu, semua anggota sukarelawan yang terlibat berhenti singgah minum kejap. nak terbeliak mata aku tengok kedai yang dipilih..GULP....aiyoyo, halal ke tak ni... huhu..mata dok cari2 akak HO melayu tadi. alamak x de! haha, aku sorg jer yang bertudung kat situ.
 |
aiyoyo...ade nampak ke tanglung yang bergantungan disitu...orang2 yang lepak kat situ satu pun xde muka melayu...
|
bila masuk, baru aku rasa lega sikit. rupanya tuan kedai jer cina, yang masak, buat air semua melayu. haha, baru la senang hati aku nak mengorder..ye lah, soal halal haram ni mane boleh buat main2, jadi darah daging woo...rasa kelakar pun ade sebab orang yang buat air tu jeling2 belakang kaunter sambil tersengih tatkala membancuh air, tgok betapa harmoninya meja kiteorg tu. haha, depa pelik kot aku sorg jer melayu...
masa kat highway pulak ade satu lagi pengalaman yang mendebarkan. tiba2 kereta naza kia yang kiteorg naik tu macam ade masalah kat tayar.sekali lagi GULP!! dah la kereta yang satu lagi tu dah dua kali tukar tayar sebab pancit. huhu, cuak betul muka kiteorang. dalam kepala dah pikir benda2 buruk. boley pulak aku berpikir dengan serius macam mana cara nak buat in line immobilization. mana tahu kalau musibah menimpa. alhamdulillah, tak de apa2 yang jadi. kiteorng pun selamat sampai ke PPUKM tepat pukul 7 petang.
overall, memang seronok la join program macam ni. tapi lagi seronok kalau ilmu tiptop, seronok dapat bagi ilmu kat orang ni...haha, ilmu aku yang ado jer, kene brush up lagi. MESTI! hmm.. kalau ade lagi program macam ni calling2 yer!!
ps: sedang suka mendengar lagu2 dari Aizdean...ala, student malaysia yang dah jadi artis kat jepun tu. not bad..lagu best..mou ichido! onegaishimas!