30 april 2010- 2 mei 2010
KG Kundang Ulu, Serampang, Muar, Johor.
program operasi khidmat masyarakat (OPKIM) anjuran UKM telah berlangsung selama 3 hari di negeri johor. ini adalah kali pertama aku ikut serta program kemasyarakatan yang tidak melibatkan pemeriksaan kesihatan. program ini disertai oleh mahasiswa ukm dari kampus bangi, KTSN dan juga KTDI yang diwakili oleh kami berenam (Syahira,Rosmah,Kak Sha,Ida,Dila dan aku). pengisian program ini secara keseluruhannya lebih terarah kepada mendekatkan diri kepada masyarakat melalui program anak angkat, gotong royong memasak, motivasi pelajar yg bakal menduduki UPSR, sukaneka dan ceramah agama.
rosmah dapat menjadi anak angkat kepada tn HJ Salleh dan Pn Hjh Samiah. tn Hj atau abah, juga adalah imam di kg tu. sepanjang 3 hari disana, layanan yg diterima memang sgt mesra. rumah abah pun banyak kucing. jd kerja aku pun bila ada kat rumah tu mesti nak main dgn kucing walaupun allergik.
berbalik pada perjalanan program, hari jumaat tu peserta tiba lewat dari yang sepatutnya. semuanya gara-gara tidak menepati masa. jadi, acara pembukaan program hanya sekadar penyerahan anak angkat dan selebihnya malam tu, masa dihabiskan bersama keluarga angkat.
esok nya, aktiviti pagi dimulakan dengan senam pagi dan poco2.
sebelah petang pulak, ada aktiviti sukaneka yg melibatkan murid tahun 6. .
antara acara yg dipertandingkan ialah cari gula2 dlm tepung, kepit bola, tarik bola dlm gelung dan macam2 lg la. semangat betul adik2 tu main. untuk yang dewasa pulak ada acara rebut kerusi. kelakar tengok mak cik2 tu main. tapi keseluruhannya ramai penduduk kampung yang turut serta
malam pulak ada ceramah maulidur rasul oleh naib kadi daerah muar kalo x salah. skali dgn jamuan makan. selain tu, majlis penyampaian hadiah sukaneka dan majlis penyerahan semula anak angkat (cepat sgt kan??)
erm, lagi satu benda lupa nak cerita. memandangkan hari sabtu 1 mei tu adalah hari ulangtahun aku, kteorg berpakat-pakat cari aiskrim. dari pg kteorg cari tp x jumpa kedai jual aiskrim. nak dijadikan cerita, rupanya keluarga angkat dila dan ida ade bukak gerai jual goreng pisang dan jajan. maka termakbullah doa kteorg nak makan aiskrim..nyum2!
setelah dua hari berkampung di kundang ulu, akhirnya tba masa untuk pulang ke UKM. gambar kat bawah ni ialah gambar kteorg bersama-sama ibu bapa angkat. kak sha x dapat turt serta dan terpaksa pulang awal atas sebab yg x dpt dielakkan. keseluruhannya, best juga program opkim ni..relax..mungkin sebab program2 sebelum ni kteorg yg jd penganjur. jadi bila jadi peserta agak mati arah sikit sebab relax sangat.
it was fun and i'm looking forward to join such programs.
No comments:
Post a Comment