slm...
STUDY WEEK. ape yang sorg student patut buat mase study week?? mesti la study, budak darjah satu pun bley jawab. tapi study kah anda wahai student2 sekalian??
pada yang fokus ade lari2 sket, x pe anda pun dah wat yang terbaik utk study menghadapi exam. semua chapter anda dapat cover (sebab baca dan scan jer maklumat yg ade dalam nota..hehe). anda pun hebat jugak. so, ape yang menyebabkan fokus kat study tu lari sampai begitu skali??
melalui pemerhatian yang aku buat dekat sumber2 terdekat aku (termasuk diri sendiri..) ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan fokus anda wahai para student sekalian, lari pecut 100 meter dari nota yang ade kat depan mata. Faktor paling utama: HIBURAN
1) FACEBOOK
aku gerenti, majoriti student universiti skarang ni, termasuk kwn2 aku, semua ada facebook. ada plak yg addicted dgn facebook. walopun mggu exam berikrar xnak bkak facebook, tp cayo la ckp den, mst bukak nyo. kalo x update status pun takat baca2 status org lain. (jgn segan2 nak ngaku, aku pun sama..). yg lagi pelik tu, siap wat status lagi, "busy study, jgn kacau", padahal rajin jer komen kat page org. pastu status online jer memanjang. maybe study gne internet kot? ish x baik buruk sangka.
2) TENGOK MOVIE
ni pun agak pelik. masa mnggu kuliah x heran pun ape2 movie yg ade kat laptop kwn. ble nak exam ni la, pertukaran movie secara sistem barter berlaku. bila dh habis cerita yg dpt dari kwn, download lagi cerita kat internet. aku pun tergolong dalam group ni. mula2 igt nak tgok satu jer utk hilangkan stress study, last2 jadi SATU HARI!! bygkan satu hari aku bley habis tgok satu season series HOUSE MD. tu blom kira lagi siaran ulang tayang. huhu, nasib baik cerita tu ada kaitan gan bidang perubatan gak, at least ade la benda yg aku blaja (~~alasan~~)
itu jer kot antara benda2 yg byk mempengaruhi dan melaghakan kita daripada study. bukan x boleh, aku pun faham, kalo study memanjang bukan masuk semua pun. mesti nak hiburkan diri jugak. tapi mungkin kita perlu belajar nak membahagikan masa. saje aku tulis pasal perkara ni sebab aku pun sama terpengaruh dgn perkara2 kat atas tu. sekadar nak
akhir kata aku ambik sket petikan lagu raihan yg ak x igt tjuk die..
berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah...


No comments:
Post a Comment