menjaga batasan halal dan haram. hingga kini masih kurang selera makan..ada pilihan tapi tiada selera..
sebenarnya agak terkejut sebab ramai orang yang telah ditemui diutara london ini tidak mengetahui tentang makanan halal. rasanya, ramai juga saudara seagama di bumi UK ini, apatah lagi di kawasan menetap sekarang. agak susah juga memahamkan mereka kerana sikap mereka yang terlalu mahu tahu hingga tak tahu macam mana nak bagi tahu mereka. bagi mereka, semua restoran timur tengah itu halal, tapi pada mata ini, jika tiada tanda halal maka tidak halal la makanan yang disediakan disitu. malah, hanya untuk membeli roti sahaja pun perlu bagi diri ini untuk membaca setiap butir perkataan yang tertulis di bahagian 'ingredient'. hanya yang berasakan tumbuhan dan bebas alkohol sahaja yang dipilih. memang..memang diri ini cerewet. kerana jika ragu-ragu, bukan sahaja jatuh hukum syubhah, malah anak tekak juga rasa kembang, tak sanggup menelan.
dilema juga dalam menjaga hablum minannas dan habluminAllah.
perit. perit bila mereka mempelawa makan bersama, dan dengan rendah diri terpaksa menolak. terasa agak kurang menghormati orang lain disitu, tapi apakan daya, diri ini lebih menghormati tuntutan agama. sedaya upaya pelawaan itu ditolak dengan berhemah. mujur mereka memahami. pernah, sedang leka membaca nota pesakit, seorang rakan sekerja mempelawa makan jeli. tanpa sedar, tangan terus mencapai dan disuap ke mulut. tidak semena-mena, tekak terus memberontak, lantas dengan cepat berlalu ke tandas dan memuntahkannya kembali. rupanya terlupa, bukankah majoriti jeli disini mengandungi gelatin, dari sumber yang sudah pastinya haram. patutlah rasa pun semacam. terima kasih tekak kerana mengingatkan otak yang mungkin sudah lesu. tidak tahu apa hukumnya, yang pasti, Allah tahu sungguh aku tak sengaja. dan Allah itu maha pengampun.
| pizza at Vapianno..nampak sangat sedap, sayangnya tidak halal~~ |
| hanya air masak untuk mengisi perut...dan menjaga hubungan sesama manusia.. |
ps: Vapianno adalah restoran Itali yang berkosepkan dapur (kitchen concept). bila anda masuk, pekerja mereka akan beri satu kad ala2 kad atm, yang akan merekod order yang dibuat. carnya, masa order, beri kad pada kitchen crew dan mereka akan swap, ala2 macam swap kad kredit bila overbudget masa shopping tu. lepas tu, kalau pesanan yang memerlukan pelanggan menunggu, mereka akan beri satu alat beeper. bila makanan siap beeper tersebut akan berbunyi 'beep..beep..action kamen!' oops, ok, xdelah, bunyi vibrate je. lepas tu pegi lah collect makanan kat kaunter. and yeah kalo korg bace betul2 ada satu benda yang reatoran ni xde, hah korang perasan x? cepat teka-teka...
| mesin beeper dengan kad order |
| mesti pasta dia sedap kan..ramai org..haha, bukak la branch yang halal, boleh la cuba.. |
| table presentation..bukan arak, cuma garam, pepper, cili, minyak zaitun dan yang itam tu x tau.. |
p.s.s: relative gervanne yang belanja dinner kat sini, kalau tak, tak jejak kaki pun..tak mahu dan tak mampu..
No comments:
Post a Comment