assalamualaikum...
Rasa sedih.
Mungkin...
....doa yang terjawab itu bukan semata-mata kurnia daripada Allah kepada hambaNya yang
berusaha.
Tapi.....
....tak lebih sekadar ujian samada hambaNya itu sungguh benar taat atau bagai lalang yang sering
leka dibuai haluan angin. Mudah berubah.
Rasa sakit.
....bila diperingatkan bahawa diri ini telah leka dalam rahmatnya. Sakit fizikal yang mungkin
sekadar kecuaian diri. Barangkali ada hikmah tersembunyi dibalik perkara yang terjadi.
Rasa takut...
Kerana....
....seperti gagal jadi hambaNya yang kekal taat bila ada ujian yg diberi dibalik rahmatNya. Perlu
muhasabah diri. Perlu lebih kuat lagi. Semoga aku tidak leka dan Allah tak jatuh murka.
No comments:
Post a Comment