mak aih..nak tercabut kaki berjalan. ni lah masyarakat malaysia, kalau ada perayaan je mesti 'berunut-runut' orang pergi shopping. nak lagi dekat-dekat hari raya ni. shopping itu, shopping ini, sale situ, sale sana. bagi kaki shopping tegar macam aku ni, perkataan sale tu amat bermakna. kah..kah..ye lah, masa macam ni lah semua benda jadi murah.
| suasana shopping kat Berjaya Times Square |
kembara shopping aku dah bermula minggu lepas lagi. shopping kat masjid india. wahhh...memang manusia bagai semut la dekat sana. ramai sungguh. sampai nak pilih baju pun nampak ikut celah-celah orang jer. sudahnya, aku tak jadi beli baju raya. haha, tapi aku beli banyak brooch. pesanan dari orang2 kampung pun tak dilupakan.
dek kerana rasa tak puas shopping (ciri-ciri shopaholic)..aku teruskan jeljah shopping ke Sg Wang dan Times Square...objektif utama nak cari kasut raya. aku sangat suka beli kasut. kalau jalan dengan mak masa kecik-kecik dulu, beli kasut wajib pergi kedai kasut BATA..dah besar panjang ni mula la banyak songeh sikit, nak pergi kedai lain pulak..jalan punya jalan, macam2 macam jenis kasut aku jumpa..
| yang ni namanya gladiator..ntah sape yang bagi nama tersebut..aku aim nak beli kasut style ni..tapi malangnya, duit dalam poket tak bersependapat dengan aku...okeh, next!!! |
| wedges..bukan chessy wedges..cantik, tapi kaki aku ade sejarah hitam dengan kasut tinggi-tinggi ni..hmmmm tak boleh jugak..next!! |
yang ni kasut sarung.....macam kasut pergi kuliah pulak..erm..tak mo lah..next!! |
| aku tak tahu kasut ni dalam kategori ape..sandal kot..tapi aku suka tengok corak vintage dekat kasut2 ni.. |
setelah nak dekat 20 kedai kasut aku masuk..nak tahu kasut ape yang aku beli. jeng..JENG..jeng.....
tak nak tunjuk..tak best la nak pakai raya nanti, tak gempak..simple jer..yang penting tak mahal sangat.
selain kasut, tangan aku nak jugak pergi capai barang-barang lain. daripada bajet terus lari bajet..mak..huhu..nasib baik nak dekat raya, ada lah duit raya nak topup balik duit yang dah terbelanja tu. hah, antara hasil tangkapan aku kat shopping complex hari ni termasuklah : -
| beg baru..beg lama dah rosak.. |
| jam tangan buy 2 free 1...pakat2 beli dgn kwn dapat la free satu yay! |
| purse...menggantikan purse yang dah lama berjasa kat aku.. |
setelah dikira, ditambah, ditolak, darab, bahagi semua perbelanjaan shopping bulan ni, kesimpulannya.. aku da over bajet..MAKKK!! ouch jangan ditanya berapa yang aku dah belanja..?? tak payah la kecoh2..lagi pun ade cuti seminggu lebih, balik rumah, boleh jimat belanja. nasib baik aku dalam golongan yang perut kecik..tak makan banyak. kurang sikit la belanja lepas ni.
ok..a little reminder here cik nisa oii..no more shopping this month!