suasana hari raya,
walau dimana pun jua..
memberikan ketenangan dan menenteramkan jiwa...
kali ni aku tertarik nak berkongsi tentang semangat hari raya. ye lah, bila dah hujung2 ramadhan ni macam-macam semangat ada. semangat nak makan, semangat beli baju baru, langsir baru, yang paling bagus sekali semangat mencari lailatulqadar.
tapi dalam banyak2 semangat yang ada nak dekat2 aidilfitri ni, ada satu benda yang nak kongsi. semangat menghias. huhu, mana tak nya, dekat blok pendidikan tempat aku belajar, tengah bulan ramadhan lagi dah ade lampu lip-lap. tu belum lagi suasana kat jalan masjid india. belum cukup sepuluh hari berpuasa dah ada kedai yang pasang lagu raya, siap buat ucapan hari raya lagi. ish2..kadang-kadang macam tak menghormati bulan ramadhan je.
jadi apa yang membuatkan aku terpikir nak berkongsi hiasan untuk hari raya ni?? sebab mana2 pun aku pergi, semua tempat dah ada hiasan raya; lampu lip-lap, kad raya bergantungan, lagu2 raya pun dah berkumandang. hmm, meh aku kongsi suasana hiasan raya dekat jabatan kejururawatan tempat aku belajar..
| library.... |
| entrance jabatan.. |
| dewan kuliah |
| kelas anyaman ketupat..(muka2 yang gigih berusaha) |
waaa...sempena aktiviti menghias kelas ni, aku pun belajar la anyam ketupat. pandai betul kawan2 aku buat sarung ketupat guna reben. melayu, cina, india..semua semangat nak belajar. aku pun semangat jugak. tapi tak jadi2 pun ketupatnye..tension betul. lepas entah berapa kali cuba baru la jadi satu. satu tu je lah yang jadi sampai ke sudah. tak pe, balik rumah nak praktis lagi. hehe, tak boleh kalah dengan orang lain.
hasilnya?? hah tengok la sendiri kat bawah tu. dek sebab tension ketupat tak menjadi, aku pun ajak la kawan2 konvoi pi bazar. lepas tu berbuka sama-sama. hmm, sedar2 jer dah nak raya. dapat cuti balik kampong, jumpa sedara mara.waa..suke-SuKe! =) hehe, pada yang nak berangkat pulang, have a safe journey and enjoy your aidilfitri...pada yang dah ada kat kampong halaman tu..gi dapur tolong ape yang patut, jangan tercongok depan tv je~~
salam aidilfitri..mohon ampun dan maaf kalau ada silap salah...