slm..
| dewan bersalin |
secara rasminya, selesai la posting klinikal untuk O&G. minggu depan dah tak ada mood posting sebenarnya..ye la, 2 hari je..itupun dekat klinik. jadi, sayonara wad O&G dan baby2 yang comel..i'll miss you!!
ok, memandangkan hari ni dah macam hari terakhir, aku rasa nak berkongsi sikit pengalaman posting kat wad bersalin ni..terutamanya kat LaBouR RooM. Ya Allah. insaf aku bila posting kat sana. pengalaman melihat orang sakit nak bersalin kat sana akan aku simpan sampai bila-bila. baru aku tahu, seksanya mak masa nak lahirkan aku..MasyaAllah!! patut la syurga itu ditelapak kaki ibu..huuuu..tiba2 teringat lagu Aishah pulak..
Duhai apakah gerangan budi bahasa,
Bagi insan,
Melahir dan membesarkan..
Tiada Bahagia Jika Tiada
Doa Puja Restu
Syurga itu di Telapak Kaki Ibu
ok..cukup2..ni nak cerita pasal pengalaman kat labour room..tak mo sedih-sedih sangat.
hari pertama kat labour room, masuk2 pukul 7 pagi dah ada patient yang nak bersalin. aku yang masih mamai sebab tidur lepas subuh tadi terus boleh segar mendengar jeritan ibu yang sedang bertarung nyawa kat bilik bersalin. tergamam. kali pertama aku nampak orang bersalin secara normal (sebelum ni dah tengok yang bedah). tercengang, bila dengar suara baby menangis baru aku tersedar. back to reality kata orang putih. ibu yang tadinya sakit sekarang dah tersenyum melihat baby girl yang berjaya dilahirkan pukul 7.50 pagi. aku sikit lagi nak nangis..tapi control~~~
| setting bilik bersalin |
tengah harinya, ada lagi satu kes yang menarik.ibu yang bersalin anak kembar. anak nya seorang dalam posisi normal, seorang lagi songsang. anak yang pertama tu berjaya dilahirkan dengan mudah, tapi anak yang kedua ada masalah. si ibu tadi dah cuba meneran hampir setengah jam, suaminya tak henti-henti bagi semangat. tapi apakan daya, si ibu tadi dah tak berdaya. untuk selamatkan anak tadi, terpaksa bawa pergi dewan bedah. alhamdulillah, selamat kedua-dua anak dan ibu. kembar tak seiras, lelaki perempuan.
tak semua yang dirancang menjadi. setelah beberapa kes yang aku tengok ibu bapa balik tersenyum...kali ni, yang sebaliknya pulak.
kali ni aku dapat tengok kes IntraUterineDeath (kematian dalam rahim). sedih. walaupun ibu tersebut dah tahu yang anaknya tak boleh diselamatkan, tapi dia tetap kuat untuk lahirkan anak tersebut. untuk pengetahuan, untuk kes kandungan yang meninggal dalam rahim selepas 20 minggu usia kandungan, kandungan tersebut perlu dilahirkan dengan bantuan ubatan supaya dapat dikebumikan. jika usia kandungan kurang 20 minggu, ianya dikira sebagai gugur dan boleh di keluarkan melalui pembedahan kecil.
berbalik pada cerita ibu tadi...apalah perasaan dia, melihat anak yang tak bernyawa. kalau aku, mesti tak cukup kuat untuk terima. nasib baik suami dia ada bersama, sekurang-kurangnya, membantu untuk kuatkan semangat.
hah, cerita pasal kuat semangat. satu perkara yang aku perasan la, isteri yang dapat sokongan suami masa nak melahirkan lagi cepat dapat lahirkan anak berbanding suami yang tak berapa nak support isteri. ada sekali tu, isteri dia nampak sakit sangat, yang suaminya relaks jer, sudahnya, isteri asyik nak putus asa, lepas tu baru si suami mula bagi semangat. ada pulak yang suami jerit lagi kuat dari isteri yang tengah sakit. kelakar pun ada. hehe. so, para suami dan bakal2 suami sekalian, bagi la sokongan kat isteri bila bersalin nnt ek..it helps!
akhir kata, teringat balik apa yang pengajar aku cakap tadi. wad bersalin ni umpama tempat hidup dan mati. nyawa dihujung tanduk. kadang2 macam2 boleh jadi. yang mudah jadi susah, yang dinanti tak kunjung tiba, dan yang dicintai mungkin dijemput Ilahi.
sayangilah ibu anda, hargailah isteri anda, kasihilah anak anda..
say no to buang bayi!