Tuesday, August 31, 2010

merdeka! MERDEKA!! malam sebelumnya~~~~

slm..
hari ni 31 ogos 2010. dah 53 tahun malaysia merdeka. hari ni jugak hari cuti. ada yang plan pergi tgok sambutan merdeka kat stadium, ada yang pi jalan2 shopping raya, ada yang guna masa cuti untuk study dan macam2 lagi la. aku?

segan nak cakap. tak tahu kenapa hari ni rasa penat sangat. haha, tidur jer kerja aku satu hari ni. apa yang aku buat sampai penat sangat ni?

ahli rombongan (8 orang, seorang dah jadi photographer, 2 orang lagi pergi beli pisang..)

 dek kerana bosan dengan kat makanan bazar dan kafe, aku dan beberapa orang yang sehati seperut dengan aku pun berpakat la berbuka kat luar. JAUHhhhhhhhhhh.....kteorg merantau sambil berjalan kaki. (kat Tesco cheras je..macam jauh sangat..)

sampai2 kat kafe pak hailam....
aku : er..kak, nak tanya, saya nak reserved meja untuk lapan orang. boleh tak?
akak yang tgh buat2 busy : boleh, nak meja yang mana?
aku : meja yang sana la..nnt pukul 7 saya datang..
akak tu : ok, kalau lambat nanti ada orang duduk, datang awal ye..
aku ; ok (dalam hati...kata dah reserved, mana bley bagi orang lain duduk..pelik2..)

pukul 7~~~

kteorg pun pegi la kat meja yang di 'reserved'. memang ada tanda reseved kat situ. apa lagi dah sedia nak duduk la, tiba-tba....

akak tadi: adik, boleh duduk kat meja yang hujung sana tak. yang tu dah ada orang.
aku : owh, bukan saya ke yang reserved tadi..meja untuk 8 orang..
akak tu buat muka pelik : meja sana pun boleh duduk 8 orang, boleh sambungkan meja tu.
aku : ooooo...ye ker..ok la..(buat muka redha, padahal hati dah terbakar sikit..akak tu tak faham kot maksud reserved tu ape..huu..sabar nak berbuka dah..)

kesimpulannya, sia2 je lah aku pergi reserved meja. tapi tak pe la, janji dapat berbuka dengan kawan2 yang lain.
berbuka dengan menu favourite..kampung mee goreng..

habis berbuka, balik ke jabatan untuk latihan persembahan raya nanti. berlatih la sampai pkul 12tgh malam, saje nak tengok bunga api hasil dari countdown merdeka. haha, memang kerja gila. duduk kat jabatan tu sampai pukul 12 semata-mata nak tengok bunga api. kalau bukan bulan puasa, gerenti semua pun tak berani nak duduk situ pagi-pagi buta. tunggu punya tunggu...jam pukul 12. senyap sunyi jer..yang ada bunyi anjing melalak. (pergh seram pulak). lepas tu..bunyi ambulans pulak (ai dah ada yang cedera main mercun ker??).

akhirnya, nampak la bunga api yang meletup2 kat udara. waaaaaaaa~~cantik nya. aku dan kawan2 aku yang bertenggek mengintai ikut tingkap pun turut sama menyaksikan pertunjukan bunga api tu dengan rasa bangga menjadi anak malaysia. (ker aku sorang je yang rasa macam tu~~). hmm, sayang tak sempat nak ambil gambar..

apa-apa pun..selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke 53, MALAYSIA!!


posing malam merdeka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...