tajuk entri ni tiada kaitan dengan aku..harap maklum...
hmm, minggu lepas merupakan minggu terakhir posting pediatrik. a lot of sweet memories, new experiences and cute faces will be treasured. haha enough of peadiatric. sekarang nak cerita pasal modul terakhir untuk semester ni. MENTAL HEALTH.
mungkin istilah mental health ni agak asing sikit bagi segelintir masyarakat malaysia. haha, kalo cakap psikiatrik ataupun sakit jiwa pasti ramai yg akan berkata...."OOooooo...ckp le sakit mental, macam kat Tg Rambutan tu ek??..." hehe, malu nak cakap. sebenarnya aku sendiri pun berpandangan sebegitu satu masa dulu. sekarang tak dah. dah open minded.
huuu, jujur aku cakap yang aku tak de perasaan excited langsung nak posting modul psikiatrik ni..(Ooops..Mental Health...), rasa takut adalah. huhu, aku memang tak berapa berani sangat dengan orang yang tak berfikiran waras ni, teringat pulak cerita senior pernah kena pukul dengan patient, lagi la aku fobia~~tapi kelas pertama berkaitan modul ni sedikit sebanyak membuka mata aku.
sebelum aku melalut jauh, baik aku cerita dulu apa faktor yang mengubah pandangan aku pada mental health. semestinya lecturer nya yang berkaliber. beliau pernah berkerja di UK selama...aaa..tak ingat berapa tahun, tapi lama la..lama sampai dia tak berapa fasih cakap bahasa Melayu. bak kata beliau ' my malay is as same as your english ' haha nampak sangat yang english kteorg tak berapa nak bagus..tapi tak pe lah, sekurang-kurangnya beliau jujur. lupa nak cakap, beliau berbangsa India,
tapi yang aku respect sangat2 adalah cara beliau mengajar. pergh sebijik macam style luar negara. 2 ways communication. first time lecturer mengajar tanpa power point..hehe, kata beliau 'power point induce sleep..' hahah can't deny that! selain tu aku sangat hormat dengan ilmu yang beliau ada dan bahasa inggeris beliau yang sangat power. nasib baik aku boleh faham slang dia.
| kecelaruan minda ke peta minda ni?? tak kesah la, asalkan aku dapat tangkap point penting ~~ |
menurut beliau, perkembangan mental health di Malaysia masih jauh lagi ketinggalan, dari segi menguruskan pesakit sampai la stigma masyarakat. masih tak berubah. misconception of mentally ill person as a crazy, violent and dangerous, that's is how we perceived them. sebenarnya, kalau nak tahu, semua orang pun ade risiko untuk dapat gangguan mental. nak lagi yang muda belia yang mana risiko bermulanya ketidakseimbangan emosi sangat tinggi.
tak semestinya yang pakai smart2, bawak kereta besar dan golongan bijak pandai tu normal semuanya. kalau nak tahu Beethoven, Van Gogh dan beberapa tokoh terkemuka yang lain adalah antara nama besar yang mengidap gangguan mental. pokok pangkalnye, semua ada masalah, semua pernah stress. bila tak ditangani dengan betul, maka tergolong lah kita dalam golongan mental yang tidak stabil.
so, berbalik kepada encik lecturer yang sangat saya hormati itu, beliau sedikit sebanyak membuka mata aku terhadap betapa besarnya peranan seorang jururawat dalam membantu pesakit yang mengalami gangguan mental dan emosi, as a counselor, an active listener and health advocator. malah, salah seorang psychiatrist di UKM yang beri kuliah kat kelas tadi pun mengaku yang "nurses assessment on mentally disturbed patient and involvement in providing and promoting wellness to them are as important as our role, because they were there all the time."
haha, jadi, adakah aku akan berminat pada mental health..????
hmmm, love the knowledge but still unsure about the practice. kene merasa dulu baru boleh tahu kan...yang penting, kene asah communication skills...haaa...alang2 dah cerita pasal mental health, ada ilmu nak kongsi sikit. ini adalah beberapa term atau istilah yang biasa dalam dunia psikiatrik:
i) hallucination :
false perception without stimulus. maksudnya membayangkan perkara yang tidak wujud tanpa kehadiran rangsangan. contohnya; nampak ade haiwan buas walaupun sebenarnya tak ada.
ii) illusion :
false perception with stimulus. membayangkan perkara tidak wujud dengan kehadiran rangsangan. contohnya: bayangkan tali sebagai ular, dengar bunyi angin seperti orang memanggil nama..
iii) delusion ;
fake, false strong belief with no support of concrete evidence. contohnya; yakin bahawa beliau pernah diculik alien, merasakan diri mereka nabi (haha, yang ni banyak dengar kan??), rasa diri terancam dan macam2 lagi.
setiap keadaan di atas tu boleh ditunjukkan atau dimanifestasikan oleh deria yang ada samada penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. in other ways, it is decribe as distorted mental perception that associated with sensory modalities. sebab tu ada sesetengah orang yang mengaku mereka nampak, dengar, atau hidu sesuatu yang sebenarnya tak ada..
hmm, rasanye dah terlebih semangat menaip entri kali ni...mesti korg pun da boring baca. insyallah, next post nnt aku kongsi apa lagi ilmu yang menarik dalam modul mental health ni...kalau ada masa....
till then, everyone has mental issue, whether they keep it to themselves consciously or let the world know UNCONSCIOUSLY...