kalau sebut hospital bahagia apakah imej ini yang terbayang di fikiran korg??
![]() |
| ~~MeNaKuTkaN~~ |
kalau korg jawab YA, dukacita dimaklumkan, tanggapan korg salah sama sekali (termasuk aku sekali..).
antara aktiviti yang dijalankan termasuklah berkebun. macam2 tanaman ada kat sana. dragonfruit, serai, pokok pisang, pokok kelapa dan hasil2 tanaman tersebut akan dijual sekaligus pesakit2 pun dapat gaji. untuk pengetahuan, sesetengah pesakit yang telah sembuh tetapi tidak mempunyai keluarga atau keluarga tidak mampu menampung mereka, terdapat tempat khas untuk mereka tinggal. disamping tu, mereka diberi pekerjaan supaya mereka dapat berfungsi seperti manusia biasa.
lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), atau lebih terkenal dengan nama Hospital Tanjung Rambutan telah membuka mata aku seluas-luasnya bahawa hospital bahagia ni memang boleh membahagiakan penghuni nya.
| tak sabar nak explore~~ |
dengan landskap yang sangat menyejukkan mata, kami dibawa mengenali dengan lebih dekat lagi wajah sebenar HBUK yang terkenal seantero Malaysia. ada lebih kurang 79 wad yang boleh menampung seramai 2000 lebih pesakit. (kalau tak salah la..tu lah masa taklimat tadi mata dah terbayang katil~~). kalau nak tahu sejarah ringkas HBUK ni, sila tekan sini. tak payah susah2 nak belek buku teks sejarah. huhu, ada ke buku teks sejarah cerita pasal hospital ni??? ish..memandai jer aku ni. tapi kesian staff kat sana. bayangkan satu wad ada 2 orang je staff nurse. psychiatrist ada 8 orang untuk satu hospital dan dentist lagi kesian. 1 orang untuk jaga penghuni dan staff HUBK dan penduduk kat kawasan tg rambutan. silap2 haribulan boleh tukar peranan jadi patient pulak kat sana..(huh..nauzubillah~~)
merupakan salah satu daripada 4 institusi mental di Malaysia, HBUK adalah yang tertua kat Malaysia, tahun depan dah masuk ulangtahun ke 100. waa...lamanyer. mesti banyak hantu kan??? oopss..no komen.
disebabkan keluasan tanah yang amat luas, 503 ekar, (huish..bley buat perkampungan untuk satu keturunan neyh!), pesakit disana dapat menjalankan pelbagai aktiviti sebagai salah satu cara pemulihan.
| kalau bosan boleh main catur ni, lepas tu gerenti kurus... hmm~~sebab tu kot, pesakit kat sana nampak slim jer.. |
| pokok kelapa..boleh buat video klip lagu hindustan kat sini hehe.. |
selain wad biasa, wad kemasukan dan wad pemerhatian, terdapat jugak wad forensik yang menempatkan mereka yang berkemungkinan tidak waras semasa melakukan jenayah. dekat sini la mereka akan dipantau samada betul2 tak waras atau buat2 tak waras. setelah diamati, pengurusan pesakit mental disana dan di PPUKM tak jauh beza, cuma di HBUK lebih mencabar.
jadi kesimpulannya, bahagia kah pesakit disana??? entah lah, sebab ada yang memang nampak 'bahagia' hidup dalam dunia ciptaan masing2. kita yang berpijak di bumi nyata ni lah yang perlu memastikan 'kebahagiaan' mereka tu tak menyebabkan kesengsaraan pada orang lain. aku pulak, bila nak rasa rasa bahagia ni? eceh~~ ;p
ps: my heart almost stop beating today, seeing 'something' that i thought was hallucination but turns
out real. ohhh, is this good or bad sign~~ (*sigh~)
ps: my heart almost stop beating today, seeing 'something' that i thought was hallucination but turns
out real. ohhh, is this good or bad sign~~ (*sigh~)
