Monday, November 1, 2010

popcorn on sunday..

slm..

~~lokasi serbuan~~
GSC leisure mall
hari ni pergi tengok wayang, cerita Takers. Ada lapan orang yang pergi. macam rombongan kelas pulak. jalan ceritanya not bad. boleh la kasi 4 bintang. (ceh, macam aku expert sangat jer nak kasi bintang2 ni..).

Ceritanya mengisah kan sekumpulan perompak profesional, berselindung disebalik rupa yang smart dan masing2 ada kerjaya sendiri. nak tahu lebih?? pergi la beli tiket dan tengok sendiri. tak best la kalau cerita lebih-lebih.



antara ahli rombongan yang terlibat


cik simah yg dh 'jatuh cinta'
dgn hayden christensen dan
aku yg makin chubby sebab
asyik makan jer..
 tapi memang menarik la terutama sekali nilai persahabatan yang diterapkan (bak kata kawan aku cik saffa chok). sebak jugak tengok babak ahli kumpulan perompak tu terbunuh. lagi2 yang paling hensem mati dulu..watak hayden christensen (bak kata asimah, kawan aku sorg lagi, 'masa mati pun hensem jugak' ) selain tu aksi kejar mengejar dan rompakan terancang tu pun nampak tak mengecewakan. sampai kita orang pun sepakat menyokong kumpulan perompak  berbanding polis..ish,ish, ish...ni lah pengaruh filem hollywood yang salah pun nampak baik jer..

okeyh..wake up2!! masa bergumbira dah habis. esok sambung posting kat wad psikiatrik lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...