'sape nak main chess, lama nyer tak main..'kata ku.
'aku budak kampung, mana tahu main chess.' jawab seorang hamba Allah ni.
wah, rasa terpinga-pinga aku bila dengar kenyataan 'beliau'. salah ke kalau aku lebih suka main catur berbanding dam haji? ada nada bangga 'menjadi orang bandar' ke dalam ayat aku tadi? aku tersalah cakap ke?? seraya itu mood aku pun berubah. cuba mencari ayat balas.
'ooo..mak ayah aku pun asal kampung jugak..' hanya itu yang mampu terpacul dari mulutku.
huhu, tak tahu la pendapat orang lain, tapi bagi aku mungkin suasana dan budaya kita dibesarkan tak sama. ye lah, budak-budak kat bandar tak semua tahu main tarik upih pinang, kurik-kundi, galah panjang dan budak kat kampung pulak tak semua yang mampu nak beli PS2, PSP, Gameboy dan yang sewaktu dengannya. tapi adakah itu yang menandakan budak kampung lebih baik dari budak bandar atau sebaliknya??
| aku suka main lompat getah masa sekolah rendah dulu, sampai dalam kelas pun kteorg main jugak..last2 game ni kena 'band' dengan cikgu! (tapi kteorg main jugak sorok2.. =) ) credits for this picture - http://www.ertihidup.com/ |
bila fikir2 balik kata-kata 'beliau' mungkin ada betulnya. kita memang berbeza tapi tak semestinya kita berlainan sama sekali. Be open and you might view the world differently!
