yay, akhirnya keluar jugak filem Harry Potter. Sejak kematian Prof Dumbledore yang menutup siri filem HP yang lepas, aku memang tak sabar2 nak tunggu kesinambungan filem yang ramai die hard fans ni.
lepas 2jam setengah menonton, boleh dirumuskan yang HP and the Deathly Hollows memang best. jangan ditanya perbandingan filem dengan novel sebab aku bukanlah peminat setia novel Harry Potter. Movie ok la.
Memang banyak aksi dan emosi yang dipaparkan. Dengan bermaharajalelanye Lord Voldermort, banyak watak2 lain yang terkorban. (nak tahu siapa kena tgok la, tak pun baca buku dia). tapi antara watak2 yang terkorban tu, bagi aku, yang paling sedih sekali bila Tobby the Elf (tobby ke dobby ek, translation kate dobby..) mati masa nak selamatkan HP and the geng daripada Bellatrix. alamak, kan dah bocor satu huhu.. Selain tu jugak jalan cerita kali ni lebih tertumpu pada pemburuan Lord Voldermort untuk mencari tongkat sakti baru untuk membunuh HP kerana tongkat yang sedia ade tak mampu berbuat sedemikian. Di sudut lain pulak, HP dan kawan2 sibuk mencari dan memusnahkan Horcrux yang menyimpan jiwa Lord Voldermort supaya dapat menghapuskan beliau. (hehe, apakah?).
ok, secara keseluruhannya, HP & the deathly hollow berjaya memuaskan hatiku dari sudut hiburan. I mean, it's fun to watch those actions, friendship quality, the bond and strength to protect those important to you, and also the budding loves and jealousy between those characters.
tapi satu jer la, bagi mereka yang menonton, perasan tak ada 'jarum' Illuminati kat dalam cerita tu. sebenarnya, hampir semua filem keluaran hollywood ada menyelitkan unsur2 atau simbol kebesaran Iluminati ni. In fact, cerita HP7 tu sendiri bergerak atas simbol yang digahkan oleh golongan iluminati. hmm, perasan tak simbol yang cuba ditafsir oleh Hermoine tu, yang rupa2nya mewakili 3 barangan death hollows tu menyerupai lambang satu mata, yang juga merupakan simbol pemujaan utk dajal? hehe, ke aku sorang jer yang terlebih perasan??
hmm, menonton sambil berfikir.....wallahualam~~
No comments:
Post a Comment