Monday, January 10, 2011

BAKTI SISWA FELDA TROLAK

assalamualaikum...

meh sini tangan nak kerat!
rasanya dah sangat2 outdated dah post ni. tapi tak kisah la, nak tulis jugak. tatkala semua orang busy count down tahun baru, aku dan beberapa ahli jemaah kelas telah memilih untuk berkhidmat di program bakti siswa di Felda Trolak, Sungkai. yep, macam biasa, tugas kami tak lain tak bukan untuk mengendalikan gerai klinikal iaitu permeriksaan kesihatan pada warga Felda Trolak. huhu...keseluruhannya program tu memang best!

first day:
malam tahun baru di sana disambut dengan ceramah agama dan diikuti dengan wayang pacak. (huh, ape kaitan ceramah agama dengan wayang pacak? layan je lah..) seronok dapat tengok filem MAGIKA (walaupun dah tengok..) beramai-ramai dengan orang kampung, berbumbungkan langit sambil bersila atas tikar. langit malam tu sangat2 cantik...banyak bintang. saya suka!

second day:
gerai klinikal, lunch makan kat kenduri,  lawatan ke IKS dan lawatan suka2 sendiri bersama keluarga angkat. best! malam nye pulak ada malam kebudayaan. tema, ala2 kampung, berselempang kain batik dan kain pelikat.
berjaya mendaki air terjun dgn kasut tumit
tinggi. buat kelakar betul, nak buat cam mana,
 itu jer kasut yang aku ade huhu


ni bukan lauk kenduri. ni roti gula yg dibuat
oleh seorg makcik yang baik hati
cam gelojoh pulak aku makan..
sebab sedapppp sangat!
Gadis Melayu..hehe, pengacara majlis pun pemenang program
gadis melayu jugak, ala student UKM tu..fika ek nama dia...

jaguh makan epal. yay dapat nombor dua!


   last day:
bersukaneka bersukaria. best, walaupun hujan sikit tapi semua pun pakat buat selamber jer. sukaneka yang ade pun best jugak. dapat tengok match netball dengan bola sepak antara pelajar UKM dengan warga felda. kelakar giler tengok aksi main bola kat padang yang becak tu, ditambah lagi dengan pengulas tak berbayar yang berjaya menghidupkan suasana. haha..best!
ahli rombongan cik kiah..wah da nak balik da rupanya...sayonara!! moga jumpa lagi. by the way yang berkopiah tu ayah angakat, budak tudung biru duduk depan tu pulak adik angkat, belakang dia mak angkat..

nak dijadikan cerita, balik tu pulak rombongan dibawak singgah ke kawasan rekreasi kat Klah. ade kolam air panas kat situ. wahhh..memang berenang sakan la hari tu. masa nak balik dari situ semua dah pakat luka sini sana, yang berbalut pun ade. hehe, tu la, seronok sangat jumpa air. tapi overall memang BEST!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...