cabaran dari Dato Lokman Saim, Dekan Fakulti Perubatan...
"don't be a nurse like any other nurse, be a leader that can improve nursing's knowledge!" wah, berat tu. agak-agaknya senior-senior yang dah grad tengah bertungkus lumus untuk buktikan semua tu. ya kita mampu! haha apasal tiba-tiba emo pulak pagi-pagi buta ni???
sebenarnya, ayat kat atas tu adalah sebahagian daripada ucapan dari dato dekan semasa persmian majlis Makan Malam tahunan kolej. ni baru balik la ni..sekali lagi majlis diadakan di PICC dengan tema merah putih. aku pun main sebat je pakai baju yang boleh dikira mengikut tema jugak. hmm, dah lama tak mekap tebal, hari ni apa lagi, nak dekat dua inci mekap aku pakai, tebal tak? tu yang tidur2 lagi ni, tengah cuci mekap.
| entah gaya ape pulak ni... |
keseluruhannya majlis boleh tahan la, tak lah bosan sangat, cuma meleret je dengan persembahan. nak tersengguk dibuatnya menunggu diorang tabalkan King dengan Queen (simbolik penutup majlis..), yang pastinya aku tak menang. tak pe, memang tak ada plan nak bertanding pun. yang aku tak puas hati kenapa aku tak menang cabutan bertuah..??? huhu, tak bertuah agaknya..
| tempatnye...PICC |
makanan pulak boleh tahan. bila baca menu hati berkata 'wow!' macam sedap. satiety center mula terangsang. tiba2 rasa lama sangat la masa untuk baca doa makan. akhirnya, selepas doa makan di amin kan, maka bermula lah perang sudu garfu. haha,macam bunyi lawan pedang sudu berlaga garfu, garfu berlaga gigi, huh, rupanya bukan aku sorang je yang lapar. ternyata, boleh tahan la hidangan yang tersedia. terisi jugak perut..
| meja no 17, seat direct kearah stage, tapi bukan aku nampak pun apa yang berlaku kat atas tu, tengok layar jugak... |
| bread pudding SEDAP!! |
| Pinggan kosong, tunggu masa nak serang lauk.. |
| lauk yang diserang. isi ikan masak harum manis bunga kantan is the wiNNer. sedap! |