Monday, January 24, 2011

WEEkend

assalamualaikum..

hujung minggu lepas sangat padat dengan aktiviti meyeronokkan! (macam ape je ayat ni...)

sabtu:
BBQ kelas.
 : sate ayam resepi cik wani :

Kami suka makan! yeah! sebab tu kami selalu berBBQ. bah, selalu ka? bersempena dengan Tahun Baru Cina dan kitaorang pun memang kempunan nak BBQ, akhirnya terlaksana jugak la tradisi BBQ kelas yang ditunggu-tunggu. best! antara menu yang ada (jeng,jeng,jeng~~~~)

sate ayam
sosej
kentang bakar with black pepper sauce
spagethi
kuey tiow hokkien
salad buah
pengat pisang
puding roti
agar-agar milo
air tembikai laici
soya cincau

haha, nak rabak perut makan semua benda kat atas tu. tapi serious sedap. semua menepati piawaian. makanan melayu ade, chinesse food pun ade. macam2 ada. 


ahad
Super Series Badminton; Malaysian open


tukang sokong dan tukang sorak. memang happening!

memang dah lama teringin nak tengok perlawanan badminton live! bukan live kat TV, tapi live depan mata. dengan bantuan daripada classmate, akhirnya termakbul jugak cita-citaku (dengan harga RM35~~). wah, memang lain lah tengok kat tv dengan tengok kat stadium. kalau kat stadium lagi terasa semangat nak menyokong.
Simah+ Me +Faez yang sanggup bayar RM35 walopun masa tu JPA belum masuk.
duduk kat lower tier seat, memang berbaloi
disebabkan tak nak penonton balik awal, perlawanan antara Dato Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat disusun sebagai perlawanan terakhir. waa, lame giler tunggu. tapi game yang lain pun tak kurang hebat jugak. ye lah, world class player gitu. tapi harapan nak tengok DLCW lawan Lin Dan tak kesampaian. ceh, mamat tu pegi tarik diri pulak masa nak masuk ke semi final. hmmm, dapat tengok Taufik Hidayat main pun jadilah.

game yang ditunggu-tunggu. wah, dapat capture gambar DLCW tengah nak smash!

haa, semalam jugak macam2 benda kelakar yang jadi.
  1.  First, tersesat stadium, hadoi, dah la lambat, tersalah stadium pulak tu, nasib baik sampai sebelum game.
  2. Burn AF, mc sebelum pertandingan mula ada tanya soalan kat penonton, siape dapat jawab dia baling T-shirt, soalan dia 'siapa nama saya?' adala sorg hamba Allah ni jawab 'BAKAR' hahah, kuat gila pulak tu. nasib baik dia sporting, baling jugak t-shirt (nasib balik x baling benda lain) kat mamat tu..hehe. 
  3. Penyokong paling CUTE adalah budak2 koir. haha, diorg sorak untuk pemain pun harmoni je, dengan suara kebudak-budakan lagi tu. Kawai!! 
  4. fakta akhir, Faez dua kali bocorkan dia punya pemukul bunyi tu even sebelum DLCW punya game, haha, tu la terlebey semangat. nasib baik ade backup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...