Tuesday, March 22, 2011

CPR & HiKaYat MeroNG MaHaWangSa..

assalamualaikum..

ahad: Kursus CPR.

yang botak tu dummy utk practice CPR

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com
yay, saya dah pandai buat CPR. Kem CPR & First Responder telah merealisasikan impian saya. (chet, poyo je..). CPR  bermaksud CardioPulmonary Resuscitation manakala first responder tu pulak adalah apa tindakan kita jika terjumpa keadaan kecemasan aatau kemalangan. kem ini berlangsung di Hotel Royal Bintang, Seremban dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari teknik CPR terbaru, tak kisah lah orang awam mahupun pekerja kesihatan.

apa yang saya belajar??


sebelum buat keputusan untuk CPR, pastikan:
- mangsa tidak memberi respons, tiada usaha bernafas (lihat pergerakan dada), tiada nadi.
- pastikan laluan udara tidak tersekat oleh objek asing.
   jika ada sekatan, lakukan Heimlich Maneuver. kalo
   nak tahu pe benda tu, sila google sendiri.
- mangsa TIDAK terlibat dalam kemalangan yang memungkinkan kecederaan pada bahagian tulang dada.


Penting untuk dapatkan bantuan daripada pegawai perubatan, jadi sila telefon 999 sebelum nak lakukan CPR. tak kisah lah anda memang dalam bidang perubatan atau pun orang biase2 jer.

gambar ihsan dari sazwani noi



teknik CPR terbaru mengikut garis panduan American Heart Association ialah:-
1. compression on the center of chest or specifically on sternum.
2. compresssion to rescue breath ratio= 30 :2 for 5 cycles. then check for pulse or breathing effort.
3. if you chose NOT to do rescue breath, do 100 compression in 1 minutes.


the essence of performing CPR is to do it in rhythm and synchronicity! dan untuk pengetahuan yang membaca, CPR tidak semestinya memerlukan rescue breath aka pernafasan mulut ke mulut. jadi jangan ragu-ragu untuk belajar CPR.

dengan CPR..anda mungkin jadi penyelamat..atau.... PEMBUNUH..
be sure to practiced the right technique!


************************************************************************

isnin...

Plan mengejut pergi tengok filem Merong Mahawangsa. jujurnya, aku tak lah expert sangat nak tulis review filem. walaupun apa orang komen tentang cerita HMM ini, aku tak ambik kisah pun. sebab cerita ini sangat berbaloi untuk ditonton. lagi2 untuk peminat cerita ala2 Pirate of Caribbean. Kelakar banyak, kagum pun ade, sedih pun ade. and oh ya, pada mereka yang pengsan kalo nampak darah, kemungkinan besar anda akan pengsan melihat filem ini sebab memang banyak darah!  filem ini menggunakan 50% bahasa inggeris dan 50%  lagi bahasa melayu. bahasa melayu nye pulak standard bahasa melayu dalam buku komsas sekolah menegah dulu. huu, Klasik..ok, malas tulis banyak, antara highlight yang menarik dalam HMM..

1. Babak perang puak Geruda dangan rombongan puteri daripada China, cantik la efek anak panah jatuh banyak2 dari langit.

2. penutup kepala berupa kulit harimau yang Taji (pawang jahat dalam cerita tu) pakai nampak macam karpet jer.

3. suka Putera Marcus http://www.emocutez.com  berbanding Merong hahah! fighting scene masa perang yang last dengan puak geruda tu, beliau nampak sungguh cool! 

4. watak embok, doesn't need dialogue, her face expression tells all.  

5. ending yang sedih.

overall? saya bagi 5 bintang untuk HMM! good job KRU! lepas ni tak sabar nak tengok filem Karak. Trailer dia seram jugak.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...