Friday, March 18, 2011

Mahu tapi tak perlu

assalamualaikum...


on the way balik ipoh, di tengah kesesakan jalan raya yang teruk kat KL, sayup2 aku dengar berita dari radio klasik Nasional pilihan pak cik drebar bas....

" gempa bumi di Jepun....8.9 kala richter...tsunami di Sendai..."

gulp...Sendai kat mane ye? bukan kat pulau Hokaido rasenyer...kata hati sambil membayangkan nasib orang2 kat sana. waa..teringat imej2 masa tsunami kat acheh dulu...


samada gambar ni tak betul (photoshop) atau pun pak cik ni yang x betul...
Pak Cik LARIIIIII!!!
ihsan google

baru nak concentrate dengar berita tu, tiba keluar segmen karoke kat klasik nasional, wujud rupenye segmen sebegitu. mula2 macam excited nak dengar...dengan muzik pop yeah2 serta sambutan menggalakkan oleh pakcik2 yang begitu bersemangat menyanyi, terbayang pulak aksi2 ala2 jeffry din..









 selepas 5 minit.......

http://www.emocutez.com








pasang Mp3 sambil tutup mata...zzzZZZZ...kat rumah jer la aku tengok berita. 

esoknya...



"LOJI TENAGA NUKLEAR DI FUKUSHIMA DAICHI MELETUP"


http://www.emocutez.com






mak terus tanya, 'ai jadi ke nak ke sana ica?'. aku pulak tak tahu nak cakap apa...





akhir nya hari ni confirm yang perjalanan ke sana dibatalkan atas sebab keselamatan. dari cerita Prof, kawasan Hokaido memang tak terlibat dengan tsunami tapi kesan letupan radiasi tu sangat bahaya. "nanti ko balik sini jadi pendek pulak nisa" (bak kata paan). jadi selepas bincng petang dengan joanne, dan gervanne pun setuju, akhirnya tukar haluan ke UK. (yep UK itu di eropah, bukan Ulu Klang atau Ulu2 yang sewaktu dengannya..). so it's no longer community but Mental Health. 




walaupun hati berat dan kecewa sebab tak dapat attach dengan Sapporro City University, aku redha. kalau ikutkan hati memang sedih http://www.emocutez.com. mungkin belum sampai masa. mungkin satu hari nanti tercapai juga hasrat nak ke sana. mungkin jugak petunjuk yang Allah nak bagi, supaya aku lebih fokus dengan tujuan nak ke sana bukan obses dengan tempat yang akan ditujui. Ya Allah, memang hanya Dia yang tahu membezakan keperluan dan keinginan diriku.

Kekecewaan ku tak setanding kesedihan mereka..
ihsan google


jadi, jangan sedih lama2. rezeki ku bukan disitu. bak kata Prof, concentrate with what you are doing now. yeah, akan ku lakukan itu. ..insyallah...


mental health, please make me fall in love with you....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...