Sunday, March 27, 2011

:: pergi berlari, terjumpa rezeki ::

assalamualaikum..

aku kena lariiii....tak sanggup nak tengok assignment yg makin menimbun itu. nak lari ikut rombongan pergi main boling, kurang berduit. mahu ikut pergi jalan2 cari makan, terasa berat badan dah cukup banyak bertambah. maka akhirnya larilah membawa diri kepada aktiviti yang tak menggunakan wang atau menambah berat. malahan , mengurangkan sunyi dihati dan mencambah kan ilmu yang ada.


terjumpa benda ini....
first time jumpa BP set yang macam ni. selalu nampak kat buku je. yang butang warna merah tu untuk kawal inflate dan deflate bp cuff. lebih kurang macam suis je. haa, dapat jugak belajar benda baru... 


ya! ke program khidmat masyarakat atau khidmat rakyat bak kata Cik Lex. this is the second time round that i joined sivasanta medical camp. ramai betul adik2 comel memakai salwa kameez serta dhoti, datang untuk pemeriksaan mata. comel je tengok baju diorang. budak tadika kalau tak salah. datang satu kapal kot sebab baju lebih kurang jer..

suka aktiviti begini kerana ia membawa fikiran jauh dari rasa sunyi dihati dan mengurangkan darjah ketepuan di otak dek kerana assignment yang tak putus-putus. procrastinate for a good cause. bila tengok orang ramai datang, tanya macam-macam benda berkaitan kesihatan mereka dan ucap terima kasih bila soalan mereka terjawab, rasa diri dihargai. hah, teringat artikel kat NST sempena hari wanita sedunia dulu. 'women are lacking of 3 A's ; attention, affection and appreciation' bila tengok diri sendiri balik...hmm, mmg betul kurang dapat 3A tu. kurang2 kat sini dapat A yang no 3 tu...haha, agaknye masa ambik SPM dulu sibuk kejar A yang lain sampai tak perasan yang 3A ni pun penting jugak.


AaAaAah, sudah, dah mula lari topik~~~


sebelum balik, Uncle Siva dari sivasanta medical service tu ajak makan tengahari kat Lotus. sebenarnya serba salah sikit bila orang nak belanja makan ni. sebab aku memang selalu tak habiskan makanan. tabiat buruk yang sukar dikikis! bila orang belanja maka terpaksa menelan sedaya yang mungkin. tapi last2 tak habis jugak.

but serious, kalau korg ni pencinta nasi briani, memang berbaloi2 la kalo makan kat Lotus ni. Dengar cerita Sultan Perlis ngan Agong pun pernah makan kat sini. bila aku tengok kedai tu, macam tak percaya pun ade. laeh je ghopenye (sederhana je rupanya). sekali masuk, wah not bad cantik jugak! lagi satu yang spesialnya restoran ni, mereka tak guna pinggan, tapi hidang makanan atas daun pisang. waaa, unik, tak caye, nih, kat bawah ni ade bukti!


hah ambik kau. daun pisang bukan main cantik, licin lagi bersinar. tindakan jimat bajet oleh tuan kedai yang agak kreatif. pasti pakcik, mak cik, abg atau akak yang ambil upah cuci pinggan rasa terkilan sebab khidmat mereka kurang diperlukan disini. by the way nice!



bila dah tambah lauk. ni kira pembuka selera la kot..




tada...nasi briani ayam..tak bley bla..tangan da siap nak menyuap. serius sedap sangat! sampai senak2 perut makan.
tapi tak abis jugak... =( 




    pengajaran untuk hari ini? tak salah kot kalau nak buang masa kat program2 macam ni. tup..tup..dapat durian runtuh. HaHaHa..bukan ini yang dikejar pun...yang penting puas dapat berkhidmat untuk masyarakat.



ps: bukan semua yang ade dalam poket kita tu rezeki kita, tiba2 teringat kata Pn Sam hari tu..by the way, ade sape2 yang teringin makan kat Lotus ni? kat area PJ ade. highly recommended! duit kasi kumpul banyak2 sikit pastu ajak aku sekali... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...