saya ada ulser di mulut. saya jarang berjodoh dengan ulser, jadi kali ini ulser yg datang membawa bersama kesakitan yang WOW! sakit yang dah meragut tumpuan saya yang patutnya terpaku meneliti nota. ini adalah minggu final exam. final yang final...finally. sebab lepas ini jika tiada aral melintang, saya bukan lagi bergelar seorang pelajar. mungkin agak mengada-ngada disini. tapi who cares. saya perlu diversional therapy!
oh ulser berdenyut lagi. begitu juga dengan kepala yang turut sama terkesan daripada sakit itu. letaknya ulser itu hampir di bibir. jadi bibir pun turut merana. rasa bagai terbakar pun ade. nak senyum pun perlu fikir dua kali, apatah lagi nak ketawa. Ouch. Dua skills refleks yang saya mahir, yang buat saya gembira...kini diragut sementara. oh perlu sembuh segera. kerana minggu ini, saya ada alasan untuk tersenyum lebar. macam mana nak senyum kalau muka berkerut.??
ouch. rasa terbakar lagi. air garam dah dikumur. sampai tertelan pulak. tapi belum berkesan. ade petua lain. letak kicap, letak marjerin, kumur listerin dan macam-macam lagi. Yang paling mujarab ialah minum air yang cukup. sebab itu lah pencegah utama ulser itu. Kini dah terkena. terima je lah.
mungkin perlu beli krim Bonjela. Mereka kata mujarab. Saya tak pernah cuba.
akhir kata. ouch.
watashiwa kuchibiru ga tottemo itai desu.
sedikit kata semangat.
sudah!
perlu pergi menghadap nota.
No comments:
Post a Comment