Tuesday, August 3, 2010

rekrut baru: calon2 ibu bapa penyayang..

slm...
 hari yang penuh emosi. pagi-pagi bangun dengan mata sembab dek kerana tidur pukul 2 pagi. tapi disebabkan hari ni ada lawatan ke Rumah Tengku Budriah, ku gagahi jua mencelikkan mata pukul 6.30 pagi. (padahal kunci jam pukul 6 pagi). nasib baik sampai on time, 7.30 pagi dah ade bas tunggu. (aik, punctual la pulak, selalunye bas lambat..).

ni baby masa ikut program bakti siswa kat johor..
kat rumah JKM tak boleh ambil gambar.
sampai-sampai je, kami dibawa ke bahagian asrama yang menempatkan bayi2 comel. masuk-masuk jer aku dah terkedu. tak semena-mena berguguran air mata duyung ku. sebak sangat. anak-anak kecil yang sepatutnya ada di sisi ibu bapa masing-masing, dilimpahi dengan kasih sayang, pelukan dan diacah, dimanja sebaliknya...dibiar bermain sendiri, ditemani insan yang sudi berkongsi kasih buat mereka (oh no...sambil taip ni pun aku bley nangis lg..T.T). lepas berjaya tenangkan diri (huhuh..wat deep breathing exercise...fuhh..fuhhh~~) akhirnya aku terpanggil untuk pilih seorg bayi berumur 7 bulan. atas sebab2 tertentu, nama bayi tu biarlah jadi rahsia.

comellllllll sANGAT!! aku dukung dia terus senyum. acah sikit pun boleh mengekek2 ketawa. tapi sayangnya, tak dapat nak mandikan baby tu sebab dah tertukar dengan baby lain pulak. hmm, baby boy pulak. punyala manja, dah dapat dukung tak nak duduk bwh dah. apa lagi, aku dukung lah dia sampai tertidur. lepas dia terjaga, masa bagi susu pulak. kemudian, aku periksa tahap perkembangan dia, alhamdulillah he's on the right track. memang seronok la main dengan baby.

lepas tu kteorg pergi mendekati kanak2 prasekolah. kat sana, kami buat pemeriksaan kutu, kudis dan kebersihan diri. aku teringat lagi seorang budak ni. budak tu lelaki umur dalam 5 tahun dan ada seorang adik perempuan. mula2 dia marah2 adik dia (tak tahu sebab ape..) lepas tu kteorg pujuk dia sampai akhirnya, dia peluk adik dia. siap bagi nasihat lagi kat adik dia tu. sedar2 pipi aku basah lagi..ceh...mata dah bocor! dah dua kali aku nangis. hmm, mcm mana lah budak sekecil 5 tahun tu boleh jadi begitu matang (banding dengan usia dia). bila tanya2 balik kenapa dia marah adik dia, rupanya, adik dia selalu gigit dia masa diorg main sama2. alala...patutlah garang sangat cik abang tu.

kat situ jugak terserlah ciri2 ibu bapa penyayang dikalangan coursemate aku. nampak gaya semua dah ready nak ada anak sendiri hihi..waa..ade yang macam expert, ada yang takut2 lagi pegang baby, ade yang baring sekali dengan baby tak kurang jugak yang kena muntah baby..(sebab tak sendawa kan baby lepas susu agaknya). tapi semua buat muka sabar, control....haha, nak kongsi satu rahsia. aku sangat suka lelaki yg ada sifat kebapaan, lagi2 yang boleh jaga baby, nnt boleh la tolong jaga anak..hik hik..

dengan itu jugak, lengkaplah latihan aku untuk jadi suri rumah yang baik. ye lah, minggu lepas dah menjahit, kemas2 rumah, cuci baju, cuci pinggan, memasak (masak air dengan nasi jek..)..lepas tu hari ni dah boleh handle baby, bagi mandi, bagi susu BOTOL, dodoikan baby...waaa...dah boleh grad la ni dapat sijil jadi surirumah. ceh..poyo giler ^_^

suri rumah kepada siapa???? hmm~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...