 |
| sedangkan burung hantu pun boleh tertidur.... |
Slm..
secara rasmi nya dah masuk 4 hari aku insomnia. jadi burung hantu. sama macam burung hantu kat gambar atas tu, malam tak boleh tidur, siang-siang hari baru nak terlelap,
especially masa lecture. INSOMNIA. apa kejadahnya itu?? daripada aku terus merepek-repek, baik aku kongsi sikit ilmu berkaitan insomnia yang aku pinjam dari emedcinehealth.com.
Insomnia ialah keadaan dimana seseorang tu susah untuk memulakan tidur ataupun tidur dengan lena. keadaan ini selalunya mempengaruhi golongan dewasa dan lebih kerap dikalangan wanita berbanding lelaki
(eh, aku perempuan..patut la..) Stress adalah salah satu penyumbang utama kepada insomnia.
(tapi aku tak de la stress sangat..hmmm..). secara am nya, terdapat 3 peringkat insomnia yang boleh dikelaskan sebagai:
- insomnia sementara : kurang daripada 1 minggu
- insomnia jangka masa pendek :antara 1 hingga 3 minggu
- insomnia kronik : melebihi 3 minggu.
selain sukar untuk tidur, ada beberapa simptom yang menjadi penunjuk samada kita mengalami insomnia atau tidak seperti kurang fokus, cepat marah serta daya ingatan yang semakin lemah.
Habis tu???
 |
macam mana la mau tidur nyenyak macam ni???
|
mengikut webmd.com; ada beberapa cara untuk mengurangkan tahap insomnia seseorang. untuk insomnia peringkat sementara dan jangka masa pendek ada beberapa rutin yang boleh diamalkan. pertama, kurangkan minuman berkafein. kedua, cuba dapatkan rehat pada waktu siang dan cuba tetapkan masa tidur. ketiga, selalu-selalu la pi exercise tapi jangan exercise 3,4 jam sebelum tidur. akhir sekali, dapatkan persekitaran yang selesa untuk tidur.
mengikut petua-petua yang aku dengar pulak,
bukan petua wok kundur tau amalkan minum susu atau air suam sebelum tidur, jangan jadikan katil sebagai tempat untuk buat kerja biarlah fungsi katil tu jadi tempat tidur jer dan relaks, tenagkan fikiran sebelum tidur
(tak payah kira kambing biri2, nnt salah kira lagi tak boleh tidur.
kesimpulannya, petua dah ada, apa lagi..renung-renungkan dan selamat beramal! ^-^