slm..
dah lama rasanya tak update blog. banyak betul assignment yang menunggu nak disiapkan. pendek kata minggu ni memang agak tension. sampai sekarang, assignment tentang nursing concept pun belum siap. insyallah, boleh siap kot. (hehe, kene siap jugak, jumaat nak hantar)
dalm kebuntuan aku mencari-cari idea untuk dimasukkan dalam asgnment tu, aku pun buka la facebook sekadar nak jengok khabar berita dari sahabat2 jauh dan dekat. mentang2 ramadhan baru nak masuk fasa kedua, maka, kebanyakkan status kawan2 aku semua cerita tentang juadah berbuka, bazar mana nak pergi..ish2..yang dah mula cerita pasal hari raya pun ada. tak pe aku faham, tu semua nak larikan diri daripada memikirkan asgnment yang tak sudah2.
satu perkara lagi yang aku perasan. kebelakangan ni, banyak betul sahabat2 facebook aku yang mengupload video. macam-macam. ada yang buat aku tergelak sampai menangis, ada jugak video2 yang jiwang, video ceramah tentang perkahwinan dan tak kurang jugak yang menginsafkan. (bha..mood ramadhan..).
tapi, dalam banyak2 video..ada satu yang buat aku betul-betul tercengang. setelah dibaca penerangan oleh si tukang upload, rupanya video ni banyak dibahaskan di Indonesia. video yang menunjukkan kemuculan malaikat di ka'abah. sila tonton dan renung2kan..
jujur nya, aku tak tahu langsung wujudnya video ni. tapi aku nak tekankan disini, tujuan aku berkongsi video ni sebab nak menunjukkan bahawa ada saja dakyah yang digunakan untuk memesongkan akidah umat Islam. sedangkan dah jelas dinyatakan bahawa malaikat adalah antara perkara ghaib yang hanya boleh dilihat oleh Allah s.w.t dan para rasul dengan izin Allah s.w.t. mujur ada pihak yang tampil untuk memperbetulkan dakyah-dakyah rekayasa dari musuh-musuh Islam ni (wallahualam~~).
kesimpulannya?? kita tak boleh percaya sepenuhnya dengan apa sahaja yang kita lihat, baca atau dengar. kaji lah terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita tu.
sebenar nya ada lagi satu video menarik yang nak di share. tapi terlupa nak download video tu. kalau tak salah video tu ada paparkan keburukan memakan daging khinzir dari aspek kesihatan. hah, dah terang-terang islam melarang umat nya daripada memakan daging khinzir. yang uniknya, penyampai ceramah tersebut adalah orang barat. dia pun mengaku dia sendiri dah tak makan 'ham' (daging khinzir). tengok btapa benarnya Al- Quran dan ilmu Allah swt. hmm..kalau rajin cari2 kat youtube, insyallah jumpa video tu..
ok...masa untuk sambung taip assignment. akhir kata, selamat menyambut nuzul al-quran.
jadikan al-Quran pembasah lidah, penggerak minda dan pedoman dihati. selamat bertadarus!